Thursday, September 2, 2010

Berbeza pendapat...

Me and my husband adalah dua individu berbeza.. dan hakikatnya kami ni punya pendapat kami yang tersendiri dan selalu berbeza. Memang banyak benda yang i selalu argue dengan i.. tapi since suami i tu lelaki.. and dia punya ego dia yang tersendiri sbg seorang suami dan lelaki.. maka dia pun selalulah nk tegakkan apa yang dia rasa benar..

So apa yang kita kene buat bila kita dlm situasi berbeza pendapat nie??

1) First thing kene buat adalah... kene listen.. X kisahlah walaupun kita memang yakin bahawa kita punya pendapat lagi betul pun.. kita tetap kene dengar pendapat lawan kita.. Why? sbb belum tentu lagi pendapat kita betul pun... AND IF kalau pendapat kita betul pun.. kita tetap jugak kene listen.. sbb setiap orang punya fikiran yang berlainan.. so kita hormatilah pendapat dan pandangan orang lain..

2) Dont make a quick judge.. Kalau kita cepat judge seseorang tue based on dia punya pandangan dan pemikiran.. kita just menyempitkan pemikiran kita.. dengan merasakan hanya kita aja yang betul.. dan orang lain semua salah.. And bila pemikiran kita sempit.. mulalah kita susah untuk bergaul.. susah untuk hidup dlm community social.. sbb setiap orang punya pandangan tersendiri..kita nie rambut aja sama hitam.. tapi otak lain2..hhehehe

3) Hormati pandangan mereka.. kita boleh berpengang dengan pendapat kita.. if kita rasa pendapat kita aja yang betul.. tapi hormatlah pandangan orang lain.. sbb kita bukan manusia yang sempurna.. kita mungkin buat silap somewhere.. walaupun kita sungguh yakin dengan pandangan kita.. tapi hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui kebenaranya..

4) Last sekali.. kita boleh nyatakan apa pandangan kita.. dengan cara yang baik.. x perlulah kita nk condem orang punya pandangan.. mcm dlm dunia nie kita sorang aja yang betul... well this sometimes happened btw me and my MIL.. my MIL mmg suka bagi nasihat.. dia akan cuba sampaikan apa2 yang dia dengar masa dia pergi ceramah.. since i nie x pergi.. so bila dia punya pandangan tue i rasa i x berapa boleh nk terima.. due to my sitaution.. i bagi tahulah dia.. knp i x boleh ikut pandangan dia.. tapi i x adalah nk ckp pandangan dia tue salah.. since.. i punya pandangan pun bukan betul sangat... FOR EXAMPLE.. my MIL pernah bagi tahu.. seboleh-bolehnya kita x boleh nk wish2 perayaan org bukan islam nie.. contohnya perayaan chrismats or apa2lah ( kecuali tahun baru cina.. sbb dia bukan perayaan agama).. sbb ia mcm kita meraikan perayaan orang yang beragama lain dengan kita.. so apa yg i bagi tahu my MIL.. kawan2 i.. ada yang bukan islam.. and if i x wish kat diaorang seperti mana diaorang wish kat i tiap2 tahun without fail.. untuk setiap perayaan.. ia buat i rasa mcm i x hormat diaorang yang berlainan agama dengan i.. pada i.. as long i berpegang pada agama i iaitu islam.. and dia berpegang pada agama dia.. it is fine.. but i dont deny the fact that my action might be wrong.. well it depend on the situation..

One more thing.. i cukup benci bila ada orang cuba nk tegakkan apa yang dia rasa tu benar.. i mean dia memang nak bertegas dengan pandangan dia.. and merendah-rendahkan pandangan orang lain.. well bagi i.. ia adalah tindakan yang sungguh bodoh.. it wont take you anywhere pun.. like me and my husband.. bila kitaorang argue pasal some stupid things.. and my husband as usual nk tegakkan jugak pandangan dia.. apa yg i buat.. i dengar ajerlah.coz if i continue arguing.. it just make thing become worst and worst and effect our relationship.. apa yg penting dia tahu pandangan i.. and i tahu pandangan dia.. so that's it .. no need to prove siapa menang.. siapa salah..

Bila ada problem pasal agama pulak.. since i tgk skarang sungguh banyak perbezaan pendapat tentang agama yang timbul.. memang banyak sangat.. sampai kadang2 imam dgn imam boleh bergaduh sampai nk bertumbuk.. yang nie tegakkan dalil dia.. yang imam ni pulak bagi tahu dalil dia yang dia rasa lagi bagus pulak.. kadang2 bila ada ceramah.. ada ustaz or ustazah yang cuba condem ustaz dan ustazah yang lain.. cuba bagi tahu jemaah bawah ustaz/ustazah sekian nama ni.. salah bagi ceramah..and bla.. bla..

Pada pandangan i..since kita ada pandangan berlainan.. so kita kene terima hakikat yang orang lain x mungkin akan sama pemikiran mcm kita.. kita bagi tahu apa yang kita rasa betul.. dengan dalil.. x perlu nk pergi mengutuk orang lain.. kadang2 kerana kesalahan2 yang kita x berapa nk perasan nielah yang menempah nama kita ke neraka ALLAH nauzubillah...

Macam dlm family i.. kitaorang still amal jugak amalan2 orang zaman dulu2.. which is adalah bidaah nya.. contohnya tahlil.. baca yassin masa nisfu syaaban.. and sebagainya.. and my husband always complained sbb dia terpaksa ikut family i.. so apa yang i bagi tahu dia adalah.. as long as benda tue x adalah buat kita keluar dari agama.. so just do it.. ada perasaan orang lain yang kita kene jaga..( my family).. daripada kita duk bergaduh pasal benda yang kecik tue.. apa kata kita sacrifice sikit untuk menangkan situasi.. oh well Allah SWT yang mengadili amalan kita.. Allah tahu apa yang kita buat.. cukuplah kita hanya berpegang pada yang itu.. dan setiap amalan yang kita buat.. Allah akan bagi ganjaranya.. Allah tu Maha Adil..dont worry..

And i cukup2 marah bila my husband suka sangat kutuk orang lain punya cara beribadat.. pada i.. apa yang dia dapat bila dia kutuk orang lain punya cara beribadat?? pahala or dosa??? kita boleh menegur.. kalau orang tue nak dengar.. dia ikut. kalau orang tue x nak dengar.. cukuplah dengan kita hanya mengubah diri kita sendiri...

wallahu alam

No comments:

Post a Comment