Monday, March 30, 2015

Exclusive Pumping Mum ( EPM)

Bukan senang nak jadi ibu...

Mengandung 9 bulan... pelbagai masalah kita hadapi.. HB rendahlah.. bengkak kai, susah nak tido, heartburnlah.. dan mcm2 lagi...

Lepas tu sampai masa melahirkan.. pelbagai jenis kesakitan kita kena hadapi.. di pingganglah, di ari2lah, di kawasan perutlah, dan akhir sekali bila berjahit.. di bahagian bawah tu...

Selepas melahirkan... kena berpantang pula.. mcm2 makanan kena jaga.. jalan kena slow.. ubat kena cukup.. air kena hangat kalau nak mandi.. ais memang kena pantang setahun walaupun sekarang cuaca memang panas gila!...

Selain itu juga.. menjadi seorang ibu.. tugas kita tidak akan selesai selepas melahirkan sahaja.. kita ada tugas baru.. kita kena menyusukan baby!!

Ramai orang tahu bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.. kalau x caya.. boleh tengok kat paket susu formula pun ada tulis " susu ibu adalah yang terbaik".. Tetapi bukan senang nak menyusu... mcm2 masalah boleh timbul.. dan ramai aja yang give up tengah jalan.. termasuklah saya ni.. hehehhe...(tapi itu dululah)...

Bagi saya.. bukan semua orang boleh buat direct breastfeeding... antara punca masalah utama adalah bila baby x pandai latch.. ataupun bila baby tu premie ( lahir x cukup bulan) dan x dapat bersama ibu untuk menyusu...

Jadi apa yang boleh si ibu buat ya??? Sebenarnya demi untuk memberi yang terbaik kepada anak.. kita boleh jadi Exclusive Pumping Mum (EPM).. iaitu instead of kita direct breastfeeding.. kita pump!!

Ada orang menjadi EPM sbb masalah2 yang saya sebut kat atas.. ada juga yang jadi EPM by choice...

syarat-syarat untuk menjadi EPM adalah :-

1) Pump

Yes... untuk jadi EPM semestinya kena ada pump... adalah lebih baik untuk pakai automatic pump yang double.. instead of pakai manual pump... saya pernah pakai manual pump mendela harmony dulu.. lenguh tangan2 nak mengepamnya.. tapi dengan automatic pump.. kita x lenguh tangan.. dan jimat masa.. especially kalau double pump...  mcm saya.. saya guna Autumnz Passion

2) Kena rajin/ displin/ kuat semangat

Yes.. ini adalah syarat yang paling-paling penting.. sbb bila jadi EPM ni.. kita kena selalu pump.. mcm saya.. saya pump 2-3 jam skali.. ( tapi adalah bad day nya)...bila kita selalu pump.. breast kita akan menghasilkan lagi banyak susu.. dan ini dapat membantu kita untuk menghasilkan banyak susu bagi keperluan anak kita... usually selepas 2 bulan.. kita punya susu dah establish.. dan masa tu kita dah boleh drop pump dari 8 kali sehari kepada 6 or 4 or 2 kali sehari.. mcm tu lah..

3) Jangan Give UP

Masa mula-mula pump.. memang kita akan dapat sikit aja susu.. jangan give up.. jika kita hanya dapat 30ml aja susu.. itulah rezeki anak kita.. bagi aja.. then pump lagi.. bila kita selalu pump.. dan jaga pemakanan kita (jangan skip makan.. or else susu akan kurang dan banyakkan minum air).. inshaAllah.. susu kita akan bertambah.. itulah yang terjadi kepada saya.. boleh check testimoni saya disini (kenapa saya suka Shaklee)

4) Tenangkan diri, dan selalu bagi tahu diri anda yang anda boleh lakukan!

Salah satu tips untuk menyusu adalah X BOLEH STRESS... stress akan mengurangkan penghasilan susu.. jadi jangan stress.. dan sentiasa positif bila menyusu.. minda yang positif akan menghasilkan susu dengan baik. 

Jika anda cukup syarat di atas... anda boleh jadi EPM!!! 

No comments:

Post a Comment