Saturday, March 28, 2015

Pengalaman Bersalin....

Okey.. in sebenarnya kali ke-3 dah try cuba nak tulis pengalaman bersalin ni... TETAPI asyik tak jadi.. sebabnya asyik ada benda aja nak nak kene buat.. last2 tertinggal mcm tu aja..


Hari ni adalah hari ke 19 berpantang.. Ini bermakna Darris Ridhuan Raphael pun dah 19 hari dah.. Alhamdulillah....

Berdasarkan tajuk di atas.. exactly 20 hari yang lepas... saya telah meng"admit"kan diri saya di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak sebabnya saya memang dah tak tahan dengan Braxton Hicks yang saya sengsara selama 3 hari.. bermula dari hari Khamis 5/3/15

Sebenarnya pada hari Khamis 5/3/15 tu.. saya gi buat weekly check up dgn Dr Asmah Yun di Pusrawi... dan masa check tu Dr Asmah Yun buat VE (Vaginal Examination) dan dia bagi tahu saya dah 2cm dillated.. then dia buat CTG.. berdasarkan keputusan CTG saya memang dah ada weak contraction..so perbualan saya dan Dr. Asmah lebih kurang jadi mcm ni...

Dr : You nak admit tak?? Boleh beranak hari ini atau esok?
Me: Kalau Admit kena induce ke??
Dr: Tak lah.. sekarang you dah dillated.. dan ada contraction so kita akan buat "augmentation" untuk kuatkan you punya contraction dan boleh beranaklah
Me: Errrmm.. tak apalah Dr.. saya rasa saya nak natural birth lah (kononya)
Dr : Okeylah.. tapi kalau you tak tahan.. surrender ajalah....

Okey.. lebih kurang mcm tu lah berbualanya..

So hari makin hari.. sakit makin kuat.. dan saya sesungguhnya memang dah x sanggup nak tunggu.. bukan apa.. bila datang contraction tu.. ingatkan dah nak beranak dah... tapi lepas beberapa jam.. dia pun hilang... so memang stress sangat menunggunya.. Plus sakit dia pulak makin lama makin sakit.. so penat sangat bila at the end of the day x beranak2 jugak.. that is whylah i decided surrender ajalah..

9/3/15 - saya surrender di Pusrawi dalam pukul 11.00 pagi..and 11.30 pagi Dr. masukkan ubat kot bawah... lepas doctor masukkan ubat tu.. mmg contraction rasa.. tapi x regular...

Dalam pukul 6.30 ptg.. Doktor datang lagi buat VE and baru terbuka 3 cm.. so Dr masukkan ubat lagi.. beberapa minit lepas doctor masukkan ubat.. contraction saya start jadi regular 2 minit sekali.. disebabkan sakit sangat.. saya pun mintaklah ubat suntik kat Doctor... and kalau x silap dalam pukul 8.00 jugaklah dapat ubat suntik....

Lepas aja suntik.. terus jadi mengantuk yang teramat sangat.. contraction still terasa tapi kepala mcm hanyut aja.. so saya pun tido.. dalam pukul 9.00 lebih2.. adalah sorang nurse datang.. dia tanya nak epidural tak? sebab masa tu kebetulan Dr yang buat epidural ada datang untuk pasal epidural bg patient lain... and saya dengan confidentnya cakap "x nak!".. hahahhahah

dalam pukul 11.00 malam mcm tu.. kesan ubat suntik tu mcm x berapa nak rasa dah.. saya dah x berapa mengantuk.. dan rasa contraction makin kuat..so saya tanya nurse boleh tak nak minta suntik lagi.. nurse cakap doktor x kasi sbb baru aja suntik tadi.. so.. nak buat mcm mana tahan ajalah..

Sepanjang malam saya tak tido.. asyik jalan2 aja.. sebab bila contraction memang akan lagi sakit bila kita duduk aja.. so better berjalan, or mandi.. so itulah yang saya buat.. sepanjang malam juga saya tak tido! bayangkan!! (macam mana nak tido kalau dah sakit 2 minit skali pulak tu)...

Pukul 6.00 pagi.. saya dah penat sangat2.. last2 tertido jugak..tapi kejap aja.. dalam 7.30 pagi dah bangun dah.... huhuhuhu...

Pukul 10.30 pagi doctor sampai.. and doktor check jalan baru aja 6cm!!! Punyalah sakit sepanjang malam.. rupanya terbuka sikit aja????? saya memang letih2 gila2 time tu.. so sy request epidural.. saya kena tido untuk dpt tenaga during labor nanti...

Epidural di pasal dalam 11.30.. and selepas tu saya tido aja.. hinggalah mama sy dtg dalam pukul 2.30 mcm tu.. (ganti dengan suami saya yang setia menunggu sepanjang malam..hahahah)...

Duduk berborak2 dengan mama.. tiba2.. rasa sakit... tapi sakit dia hanya di sekitar bawah perut.. dan mmg boleh contraction perut mengeras... sakit dia tue.. mula2 start slow aja.. then lama2 makin sakit... so kitaorang panggil nurse.. masa tu kalau x silap dalam pukul 3.30 kot...

Nurse check ckp dah nak masuk 10cm dah cuma ada sikit aja lagi before 10cm.. (ntah apa yang sikit saya pun x tahu).. so nurse suruh baring mengiring... Nurse keluar beberapa minit aja.. saya dah mula rasa nak teran sangat.. panggil lagi sekali nurse...

so nurse datang.. nurse pun readykan saya untuk bersalin.. nurse masukkan kain kat kaki saya dan ikatkan kaki saya atas palang besi..( saya yang request palang besi tu.. sebab saya ni gemuk.. so memang x boleh nk lipatkan kaki mcm perempuan normal lain time bersalin tu.. hahahaha)

lepas nurse pasangkan palang untuk saya.. nurse pun siapkan something kat sink.. saya pun x sure apa.. then saya ckp kat nurse.. saya kata.."nurse.. saya nak teran boleh tak??"

nurse mcm muka relax aja.. maybe sbb dia ingat saya pakai epidural kot.. so dia pun duduklah kat depan saya.. maybe dia nak check jalan kot.. tapi bila dia datang depan saya.. kepala baby dah keluar.. and dia boleh cakap " ehhhh.. jangan teran.. dah nak keluar ni...jangan teran..." masa tu saya boleh rasa mcm nurse tu mcm tolak/tahan kepala baby saya dari keluar... so dia cepat2 tekan bell suruh nurse lain pergi panggil doktor.. nurse tu siap cakap " bagi tahu doktor baby dah keluar banyak.."

Nasib baik masa ubat epidural still berbaki2 dalam badan saya.. so saya still boleh tahan dari meneran... Doctor sampai dalam masa 5 minit aja!!.. tapi yang kelakarnya.. bila doktor sampai aja.. terus contraction hilang... dalam 2-3 minit jugaklah doktor tu menunggu depan saya.. bila saya nak push.. and saya boleh cakap kat doktor lagi " tunggu kejap ye doktor.. contraction x datang lagi..." hahahahaha

Then bila contraction datang... terus saya push.. saya push slow2.. sbb takut koyak...( kali ni saya determined x nak episotomi.. x nak jahit!).. ohh terlupa nak cakap.. saya memang awal2 dah cakap kat doktor yang saya tak nak episotomi.. so doktor x guntinglah... hahahahah

Darris Ridhuan Raphael Bin Mazran lahir tepat jam 4.06 petang 10/3/15... after more than 20 hours of labor pain.. and with the help of epidural!!!...hahaha...

saya x kena episotomi.. tapi ada 1 degree tear jugak.. ( luka kecil aja).. sbb bahu baby besar sangat.. and doktor ckp sbb saya suka makan manis.. so cepatlah luka.. (yang itu saya x faham.. maybe doktor2 je faham kot...)

Darris baru keluar dari perut.. lepas keluar.. Doktor lepas atas badan mummy untuk dapat bonding!

Okey Nurse dah bersih2 dah Darris masa ni...

Mummy dah dipindahkan ke wad dengan Darris.. tangan tu.. adalah tangan abang Benjamin..


And Darris with Mummy again lepas menyusu!!!

1 comment:

  1. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete