Wednesday, February 27, 2013

Umrah 2013 : pengalaman dengan orang Iran

Alhamdulillah.. setelah setahun berdoa.. akhirnya Allah SWT makbulkan permohonan sy.. Sy dapat menjadi tetamuNya.. dan yang lebih indah dengan suami sy.. ( Doa sy semasa buat Umrah 2006.. adalah untuk menjadi tetamuNya lagi dengan suami sy.. dan Allah Makbulkan).. Alhamdulillah

Pengalaman yang saya nk cerita ni.. satu pengalaman yang cukup indah buat saya.. cukup mengusik jiwa sy..

Ceritanya bermula masa tu sy sedang duduk baca quran dalam Masjidil Nawabi di Madinah.. sedang sy baca quran, tiba2 datang seorang perempuan, dia tegur sy, sy x faham apa dia ckp.. tp dia asyik sebut "Muhammad..Muhammad" dan buat sign mcm kat mana Muhammad SAW.. dan sy ckp x tahu...

Sy tanya dia.. dia faham x English.. tapi dia ckp x tahu.. dan sy bagi tahu dia.. sy x faham apa dia ckp.. lepas tu kami senyum sebab masing2 x faham bahasa masing2.. Seterusnya sy teruskan baca Al-quran sy.. bila dah penat sy pun tutup Al-Quran dan duduk termenung... sekali lagi dia tegur sy.. dia tanya saya (guna bahasa isyarat) sy sorang2 aja ke? sy anggukkan kepala.. then dia ckp dia pun datang sorang2.. then dia ckp.. muka sy nampak sedih..(dia buat sign muka sedih).. masa tu sy tensenyum.. sbb mmg masa tu sy tengah sedih tengah memikirkan sesuatu...

Dia tanya sy lagi.. dia ckp dia ni syiah.. and dia tanya sy ni pegangan apa.. then sy ckp sy ni Sunni.. lepas tu dia bagi tahu nama dia.. ( sy rasa nama dia Naimah.. sy pun x berapa ingat).. dan sy bagi tahu nama sy...

Kami teruskan perbulan dengan sy tanya dia sejuk ke x? ( sy buat mcm orang mengigil).. and dia ckp dia x sejuk sebab dia pakai baju long john( dia tunjuk baju tu.. sambil selak kat lengan dia).. lepas tu dia terus gengam tangan saya yang sejuk beku tu.. and dia terkejut sbb tangan sy sejuk sangat.. dia bwk tangan sy ke pangkuan dia.. dan cuba panaskan tangan sy.. then dia peluk belakang sy.. cuba hilangkan gigilan kesejukkan sy..

Masa tu hati sy terusik.. sy dapat merasai kasih sayang dia.. ( walaupun kami baru kenal) cara dia cuba untuk panaskan badan sy.. sama seperti keinginan sy untuk seseorang yg rapat dengan sy buat pada sy... sy nampak muka dia risau sangat sebab sy sejuk.. and dia terus gosok.. sampai dia rasa mcm dah panas tangah dan belakang saya.. dan sy pun ckp sy x sejuk lagi...barulah dia senyum..

Sy ni bukanlah jenis orang yang sensitif.. x ramai manusia yang pernah peluk sy.. dan x ramai manusia yg sy dapat rasa kehangantan kasih sayang dia.. tp dengan wanita iran tu.. sy dapat rasa kehangatan kasih sayang dia pada sy.. Bayangkan.. dia x kenal pun sy ni siapa.. tapi dia cukup risau bila sy sejuk.. macam sy akan jatuh sakit bila sejuk tue... and dia cuba untuk panaskan badan sy.. sebab x nk sy sejuk... Berapa kerat manusia atas dunia ni yang akan buat pada org yg kita x kenal? Even sy pun admit sy x pernah.. dan x pandai untuk berbuat demikian.. tp ada orang buat kat saya..memang hati sy terharu...

Lepas dia sudah gosok badan sy.. sy pun ambik balik Al-Quran dan nak baca lagi. dan di pandang bacaan Quran sy sudah sampai penghujung.... dan dia tunjuk tanda bagus.. sebab dah banyak baca.. dan dia tunjuk quran dia yang masih di awal surah Al-baqarah.. kami berdua gelak aja masa tu..

Yang paling sy sedih.. sebab masa tu sy x bawak handphone.. kalau x mesti boleh ambik gambar dengan dia dan jadikan kenangan.. hahahaha

Sepanjang sy di Madinah.. di Masjidil Nabawi.. sy tak pernah rasa keseorangan.. akan selalu ada orang yang jadi peneman sy di sana.. Sy rasa terhibur.. sy rasa banyak kasih sayang semasa di sana.. sedangkan di Malaysia sy selalu rasa lonely...

Akan sy abadikan kenangan kali ini dengan wanita iran tu dlm kamus hidup sy.. dan sy doakan semoga Allah mencurah2kan kasih sayangNya pd wanita tersebut.. seperti mana dia telah memberi kasih sayangNya pd sy...