Tuesday, September 27, 2011

Ben10 cakes from Secret Recipe - will never be in my list

Ben10 punya design yang kitaorang supposely nk buat kat kek bday Benjamin..

Untuk Birthday Benjamin.. i plan nk beli cake Ben10 dari Secret Recipe.. since masa hari raya baru2 ni kitaorang gi makan secret recipe then Benjamin ternampaklah kek ben10 yang ada dia letak kat dalam menu punya buku.. So Benjamin request for that cake untuk birthday dia..

My MIL and SIL pun cadang nk hadiahkan kek tuelah kepada Benjamin untuk Birthday dia.. so diaorang pergi dekat SR di cawangan Taman Melati.. tapi SR kat situ x terima tempahan untuk Kek Ben 10... then diaorang pergi pulak ke SR cawangan Alpha Angel.. kat situ pulak.. bila my SIL pergi tanya.. dia ckp kene bawak gambar sendiri without mention that you have to print the picture according the size that you want on the cake.. dan bagi gambar tu kat diaorang... So my SIL in desingkan gambar Ben10 yang plan untuk letak dekat kek.. and save dlm thumbdrive.. me and my husband bawak pergi ke SR tu untuk tempah kek.. Bila i pergi tanya orang kerja SR tu.. dia ckp.. dia x nak file dlm Thumbdrive tapi dia nak gambar... dan dia suruh i pergi print dekat kedai gambar near kat situ..

I pergi kedai gambar, tapi punyalah susah nk print gambar.. masuk2 thumbdrive komputer kedai tue hang lah pulak... i pulak masa tu tengah rushing sbb me and my husband ada janji nk jumpa orang before 10PM ( i arrive Alpha Angel around 8.45pm)..so i cancel nk print gambar..

I pergi balik kat secret recipe and ckp kat dia i x boleh nk print.. and ckp2 dengan pekerja kat situ bagi tahu yang kek ni mustahak sangat.. last2 pekerja kat situ bagilah satu file gambar2 cartoon yang kita boleh pilih untuk print.. ( Laaaa... rupanya ada gambarnya..).. I pun pilihlah gambar yang i nk.. then bila bagi tahu kat pekerja dia.. dia ckp.. kek tu boleh siap dalam masa 5 hari.. which is hari sabtu petang baru boleh collect.. ( masa tu lah i nk buat birthday party).. Masa tu i pun mmg dah give up dengan secret recipe... Service yang diaorang bagi mcm HAMPEH!!!!.. dahlah bila i pergi tanya pasal kek dia buat muka mcm x nak layan... i the one yang beli something kat kedai dia.. and dia buat mcm x reti bahasa ajer!!!..

Yang paling i sakit hati..My SIL and MIL dah pergi ke SR tu minggu lepas.. and pekerja kat situ just simply REJECT my MIL dan SIL punya order sbb x ada gambar.. diaorang langsung x ada insiatif untuk tunjuk gambar dalam file yang diaorang ada tu.. padahal file gambar2 kartoon diaorang tu punyalah banyak... mcm2 jenis kartoon ada.. kenapa x boleh tunjuk pada customers???? The customers dah make some effort pergi ke kedai diaorang untuk beli kek.. and diaorang mmg x hargai langsung... LANGSUNG!!!!..


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 26, 2011

Tragedi belon ben10

Kelmarin 25 september.. sy bawaklah Benjamin dan Aleesya ke Jalan Tunku Abdul Rahman.. coz my husband nk carikan beberapa barang di situ..

So masa jalan2-jalan kat situ Benjamin ternampak orang jual belon yang ada macam-macam bentuk.. ada bentuk spongebob,ben10,kapal dan mcm2 lagi.. so apa lagi.. dia pun mintak belilah... sy pun belilah belon bentuk ben10.. buat happy hati anak2..Since ingat Benjamin sorang jer yang pandai main belon tu.. sy beli satu ajalah.. sbb ingatkan Aleesya x pandai main belon bertali-tali nih....

Bila dah beli.. kitaorang pun masuk semuahouse.. my husband suruh tunggu kat dalam semua house punya Hall tu.. sbb dia nk gi hantar barang2 masuk kereta kejap.. so sy ingat x ada masalah handle 2 orang budak.. sy pun OK jerlah..

Bila my husband pergi jer kat tempat letak kereta which is level atas.. Aleesya dan Benjamin mula buat perangai.. Aleesya nk main belon Benjamin.. Benjamin x bagi kos Aleesya duk pegang ke belon tu mcm nk pecah.. Benjamin suruh Aleesya pegang tali belon tu.. Aleesya tanak.. then Benjamin pun x bagilah belon tu.. Aleesya apa lagi.. sbb sakit hati Benjamin x bagi belon.. dia pun buat hal.. dia pergi nak main tanggalah.. pergi main barang-barang oranglah... pergi main eskelator lah.. sy yang penat duk kerjar2 Aleesya nih suruhlah Benjamin bagi belon kat Aleesya..

Benjamin bagilah kejap Aleesya sentuh belon tu.. then dia ambik balik.. and tolak Aleesya sbb x nak Aleesya main.. lepas tu apa lagi.. jadilah sesi rebut-merebut belon tu kat depan orang-orang yang lalu lalang kat situ.. malunnya saya masa tu x tahu nk letak muka kat mana.. dahlah diaorang punyalah gaduh bising satu kompleks tu kot dengar.. Last2 saya yang x tahan malu.. sy pun rampas belon tue daripada Benjamin dan ckp " dah..dah.. semua x leh main belon.. biar mummy jer main"..

Sy pun ambik belon tu.. dan pegang tali.. belon tu terapung-apung di udara sambil saya peganglah tali dia.. Benjamin pulak takut belon tu terbang sbb nampak belon tu terapung-apung.. suruh sy bawak turun belon tu.. sy pun bawak turun... Aleesya pulak.. bila dah nampak Belon tu dah turun dan duduk depan mata dia.. turun meluru ke arah saya dan cengkam belon tu.. Akhirnya belon tu pun pecah.,.. mmeng FRUST gilerlah Benjamin.. belon tu beli x sampai setengah jam.. dahlah RM5 sebiji.. akhirnya pecah... Benjamin pun apa lagi.. nangis semahu-mahunya kat depan orang.. Sy pulak duk gelak2 sbb x tahan tgk belon Benjamin yang makin lama makin kecut..

Tiba-tiba my husband datang.. so pujuklah Benjamin.. sy ckp kt Benjamin nk beli belon lain.. so kitaorang keluar dari semua house gi cari orang jual belon.. tapi malangnya orang jual belon dah x ada.. (maybe dah balik kot).. Benjamin pun buat muka monyoklah sbb x dapat belon ben10..

Memang benjamin geram giler kat adik dia masa tu.. dahlah pecahkan belon dia.. dan skrang nk beli baru pun dah x ada orang jual.. Benjamin pukul adik dia kat muka sbb geram sangat.. tapi nasib baik my husband bawak lari Aleesya cepat2...

Memang tradegi sungguh..betapa riuhnya suasana kat semua house tu dengan Benjamin dan Aleesya sampai orang2 kat situ.. semua duk menanya perihal diaorang yang duk gaduh2... Malu..malu...

So gambar kat atas tu adalah gambar Benjamin yang muka monyok.. masa on the way balik rumah dengan belon ben10 yang dah "kecut".. hasil airtangan Aleesya Reyhana.. dan sebelah belon tue adalah Wajah Aleesya yang selamba badak jer.. tanpa rasa bersalah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 24, 2011

Birthday Benjamin

Next Week 29 sept 2011.. Genaplah Benjamin Rayyan berumur 3 tahun..

Tapi disebabkan 29 sept tu jatuh pada hari khamis, maka majlis hari jadi dia tunda kepada hari sabtu 1 oct 2011

Im not sure whether dia aware atau x dengan his coming birthday, but one thing i can be sure of.. for this whole day and yesterday he keep telling that he want a BEN10 birthday cake.. i guess he know kot...

Being a mother or a parents you always want the best for your kids.. wanna make their childhood to become the best mommet they ever had in their lives.. so as mother.. i always try so hard to give the best for my kids..

The plan for his birthday is that we will have a birthday party for him..

Alhamdulillah.. Benjamin murah rezeki. banyak dapat sponsor dari kaum keluarga.. especially mak sedara dia yang akan sponsor kek.. Tok mi ( my husband's side) yang akan sponsor katering.. and InshaAllah akan ada sponsor lain jugak..

Hari ni.. me and my husband baru aja nk start tempah2 dewan,plan for guest list , plan untuk makanan.. dan macam2 lagi.. Harapan sy.. semoga majlis sambutan Benjamin Rayyan... berjalan dengan lancar...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

Institusi kekeluargaan Islam

Semester ni saya kena ambik kokurikulum.. selepas 3 semester sy asyik duk "drop" subjek tu..
Jadi subjek koko yang sy ambik sem ni adalah "institusi kekeluargaan Islam 1"
Hari Khamis baru ni sy pergilah kelas koko tu.. seperti yang di jangka mmg sy sorang ajalah yang berkahwin dalam kelas tu. Ustazah sy pun dah berkahwin beranak satu.. dia baru aja lepas pantang anak pertama dia.. dan saya pulak dah beranak 2.. ( lagi advance dari ustazah)..

Kebanyakkan yang ambik subjek dalam kelas tu semuanya dah berpunya ( dah bercouple).. cuma ada seorang aja yang sudah bertunang..
So masa dalam kelas.. ustazah bagi penerangan tentang apa yang kitaorang akan belajar dalam kelas ni. Pada mulanya kitaorang akan belajar tentang aqidah dan fardhu ain ..sbb kata ustazah sebelum kita melompat ke alam perkahwinan kita perlulah memantapkan diri kita sendiri dahulu dengan agama yang kukuh.. barulah apabila kita berkahwin nanti.. kita mampu menepis segala cabaran dan dugaan yang mendatang...

kalau di tengok pada zaman sekarang, mmg ramai sangat yang berkahwin beberapa tahun dan kemudian bercerai.. memang ramailah kenalan2 saya yang berkahwin sekitar tahun yang saya kahwin.. akhirnya bercerai pada hari ini.. di manakah silap kita?? adalah ianya silap suami yang tidak mampu memimpin ataupun silap isteri yang tidak pandai melayan?? Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakkan pasangan-pasangan suami isteri bercerai adalah kerana "kurang persefahaman"... Macam mana ini boleh berlaku??

Bak kata ustazah sy masa kelas koko tuh.. salah satu punca kenapa rumahtangga yang kita bina jadi rapuh dan hancur adalah kerana kekuatan dalam diri kita dan pasangan kita rapuh.. aqidah kita rapuh..ibadah kita x kukuh..maka robohlah rumahtangga kita..

Jadi yang sebenar-benarnya..kita sudah tertipu dengan kisah cinta dalam TV yang telah di tayangkan oleh orang barat...kita ingat bila "deeply in love" dengan pasangan kita..maka kebahagiaan adalah milik kita.. tapi bukan..bukan cinta sesama manusia yang kekal.. tapi cinta kepada yang Maha Mengasihi.. yang akan mengukuhkan perhubungan kita dengan pasangan kita.

Jadi kepada teman-teman yang membaca.. jika anda ingin berkahwin.. ataupun sudah berkahwin.. kunci kebahagiaan adalah apabila iman kita kukuh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 19, 2011

Asus Transformer

Laptop lama.. dah 5 tahun pakai.. speaker pun dah rosak.. so sy pun belilah komputer baru bagi menggantikan laptop lama saya..

Masa mula-mula nk beli tu.. pilihan sy adalah notebook.. tapi bila tgk asus transformer ni yang boleh jadi tablet pc + notebook.. maka sy pun belilah asus transformer nih...

Kelebihan Asus Transformer

1) Dia boleh jadik 2 benda.. Tablet + Notebook.. soo mmg sangat mudahlah. time nk buat kerja.. buat jadi notebook dengan menyambungkan tablet dia dengan keyboard.. tapi bila nk buat main2 dan nk surf internet cabut aja tablet dari keyboard.. maka bolehlah jadi tablet pc

2) Walaupun Asus ni dia x guna microsoft office tapi still boleh nk buat kerja.. dengan menggunakan POLARIS OFFICE.. then savekan sebagai doc.. then bolehlah nk access kat pc lain..

3) asus jugak mempunya tempat connect USB.. jadi bolehlah nk connect thumbdrive dan external hardisk..

Keburukkan Asus

1) Application android still banyak yang berbayar.. yang free pun apps.. yang biasa2 aja

2) untuk bloggingg pulak.. x boleh nk berblog di website biasa kene guna apps sendiri.. so agak lecehlah sbb nk kene sesuaikan dengan situasi yang baru untuk berblog.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat!!!!.. Tahun ni kali keempat saya beraya dengan suami dan anak2.. dan kali keempat berturut2 beraya di Terengganu...hehehehe.. Supposedly raya tahun ni kitaorang semua balik raya di Kampung my husband.. di Kelantan.. tapi disebabkan Benjamin Rayyan kena demam campak last minute..maka x dapatlah nak balik raya... Tahun ni kitaorang raya ala-ala kadar ajer... kenikmatan hari raya pun tak dapat nak rasa sangat.. maybe sbb tahun ni sy sungguh2 sibuk.. awal tahun sibuk dengan kelas.. pertengahan tahun sibuk buat praktikal.. sehinggalah last two weeks before raya saya masih berkerja.. jadi mmg x ada masa buat persiapan raya.. baju raya anak2 dan my husband kitaorang shopping last minute.. tu pun baju melayu my husband pakai yang dah sedia ada ajer.. baju raya saya pulak..lagilah kesian.. hanya ada dua helai jubah yang mak saya beli masa buat umrah baru2 nih.. jubah tu ajalah buat raya... huhuhu... Time raya pulak.. sy mmg malas sangat2 nk berjalan raya.. bukan sbb apa.. malas nk angkut Benjamin dengan muka berbintik-bintik ke rumah orang.. nanti orang lain kene demam campak.. kita pulak kene marah.. hmm.. Anyway kepada semua kawan-kawan dan Sedara - mara yang membaca post saya ni... Saya ingin memohon maaf dan ampun kepada kalian semua di atas kesilapan saya.. yang sy telah lakukan secara sedar dan x sedar...