Sunday, October 16, 2011

Petua kepada isteri

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; 

"Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah"

Actually saya dapat tahu tentang hadis ni masa baca article di website iluvislam baru-baru ni.. so nak dijadikan cerita lepas baca article tu.. sy pun solat asar di UiTM.. then saya amalkan baca subhanallah,alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 X setiap satu.. then masuk maghrib pun sama.. after solat maghrib di UiTM.. saya pun balik rumah di Sentul.. sampai rumah kalau x silap dah nak dekat pukul 9.. ..

Usually bila sampai rumah malam2 sy mmg dah separuh mati dah.. yerlah sebab kelas pack dari pagi hingga malam ( kebetulan ada kelas ganti hari tu).. the drive balik KL lagi.. memang kebiasaanya sy mmg balik terus mandi dan tido.. Tapi kali ni.. bila saya balik.. saya kurang rasa penat.. masa tu rumah agak kelam kabut.. sbb dah 2 hari rumah x vakum... so sy terus ambik vakum.. vakum satu rumah.. basuh bilik air.. tolong pakaikan baju anak2.. ( my husband mandikan anak-anak).. makan nasi goreng yang my husband belikan.. bersih dapur.. bersih carpet dan meja yang kitaorang makan tadi basuh baju, angkat baju.. mandi.. solat lepas tu lipat baju sambil tengok tv.. tengok2 masa tu dah pukul 11 malam.. dan sy still bertenaga.. and masa tu sy wonder.. mcm mana saya boleh sekuat itu? sedangkan selama ni rumah hanya sy bersihkan hujung minggu saje.. itu pun ada orang datang bersih.. tapi skarang selepas penat balik kelas.. still mampu bersih rumah.. lepas tu sy baru teringat tentang hadis Rasulullah SAW kepada fatimah.. dan memang zikir itu adalah lebih baik dari seorang pembantu....

Di harap kepada para-para isteri marilah kita mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.. supaya rumah tangga kita berada di dalam keadaan yang teratur.. inshaAllah..