Thursday, March 31, 2011

♦- I hope... - A letter from Mom and Dad }}



This is a beautiful video.. i cried every time i watched...
If you still have a parents.. please spent your time to take care of them..
Because they are the only precious you have in life.. ( you just have one mom and one dad)..
And because you were also their only precious in their life.. ( No matter how many siblings you have.. every one will be count)..

Tuesday, March 29, 2011

Bahan Terpenting di dalam Rumah

Ada 2 barang yang sungguh penting di dalam rumah saya.. di mana benda-benda nih, x akan habis stock... memang kena selalu ada..

1) Limau Nipis



- Limau nipis ni digunakan untuk kesihatan dan jugak untuk masakan. Contohnya kalau nak masak kerabu ke, or tom yam ke.. kalau letak limau nipis ni memang sangat best.
- Limau nipis juga digunakan untuk membasuh barang-barang mentah, seperti ayam, ikan, daging, sotong dan udang. Kalau kita basuh dengan limau nipis ni memang boleh hilang bau hanyir nyer.. especially pada ayam dan ikan. Kalau ikan tu di basuh dengan limau nipis, mesti akan hilan bau hanyir ikan, dan ikan tu boleh jadi mcm fresh.. kiranya kalau masak tuh.. memang rasa fresh jer ikan tu.. Kalau nk tahu rasa ikan fresh macam mana... isi ikan dia rasa manis-manis sedap.... samalah untuk ayam jugak...
- Limau nipis juga boleh digunakan untuk kesihatan, di mana limau nipis ni mengandungi Vitamin A dan Vitamin C, selain tu, asid sitrik dalam limau nipis ni boleh jugak digunakan untuk buang lemak.. Caranya minum jus limau nipis 2 - 3 biji sebelum tido.. esok memang akan membuang air besar dengan lawasnya... x caya cubalah..
- Jika anda diserang batuk-batuk, bolehlah guna limau nipis di campur dengan madu, sebagai ubatnya.

2) Madu



- Madu ni memang banyak khasiatnya.

Rasulullah SAW bersabda : "Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran" ( Ibnu Majah)

- Madu boleh mencerdaskan otas, boleh jugak buat awet muda, dan macam-macam.. madu jugak boleh digunakan sebagai pemanis masakan.

If i can raise my child over again

by Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I'd build self esteem first, and the house later.
I'd fingerpaint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.
I'd see the oak tree in the acorn more often.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd model less about the love of power,
And more about the power of love.

Thursday, March 24, 2011

Check this out!

My aboh Ki ( atuklah).. memang suka menulis or mengarang sejak dari dulu-dulu lagi....

Dulu dia memang suka menulis untuk surat-surat khabar.. memang banyak jugaklah artikel-artikel dia telah di "publish" dalam surat khabar..

So skrang bila zaman sudah berubah.. dengan wujudnya kewujudan blog ni.. so my aboh ki pun startlah menulis dekat dlm blog...

Objektifnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di dalam keluarga kami.. inshaAllah..

So cubalah kunjungi blog my aboh ki.. dan korang boleh lah tengok luahan hati seorang SUAMI,ABOH,ABOH KI ( Atuklah..) dan , NYANG ( MOYANG).....

CLICK HERE untuk ke Blog..

Wednesday, March 23, 2011

isteri, mak dan pelajar..

3 title tuee.. semuanya mencabar.. dan 3 title tuelah yang sy pegang buat masa sekarang nie... bila lepas habis belajar nanti, title yang terakhir tu di tukar jadi "pekerja" lah pulah.. so yang sebenarnya.. X ADA APA-APA YANG PELIK PUN..



Maybe im kinda person yang always take things positively... but here is what im thinking about those title..

1. i rather be a student than an employees.. because bila i jadi student i dpt 4 months cuti every year! and no employees boleh dapat 4 bulan cuti straight!.. ( kecuali kalau beranak.. tu pun kalau private mesti less than 3 months)..

2. Memang i ada banyak assingment.. banyak kerje.. banyak masalah.. tp ia hanya masa semester aja.. bila dah cuti.. x perlu pikir semua tu..

3. i dont have to go to class from 8 till 5.. kadang2 ada hari yang kelasnya satu or dua.. so by noon i dah ada kat rumah.. and this sem. wednesday i langsung x ada kelas.. so you can imagine how my life would be like?

4. I may not the best student masa sebelum kahwin.. but i can see that my performance in studies getting better once i married.. i dont know why and how.. cuma i rasa lebih fokus.. maybe because i x ada banyak masa untuk study.. so bila dpt masa untuk study.. i memang buat betul2...

so utntk orang yang nak kahwin awal masa tengah belajar tuh... i just have two words for you.... "why not"

Monday, March 21, 2011

Nasi Goreng Cina Attilla punya Style



Panjang cukup nama nasi goreng nih.. hahaha.. Anyway nih nasi goreng best punya..

BAHAN-BAHAN

1. Mangkuk nasi
2. 1 Biji Telur
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Cili padi di potong halus
6. Isi ayam dipotong dadu
7. Sos tiram
8. Sos ikan
9. Sos kicap soya ( kalau x ada kicap soya pun x apa)
10. Garam
11. Lada sulah dan Lada hitam

CARA-CARANYA

1. Panaskan minyak ke dalam kuali, dan masukkan bawang merah, bawah putih dan cili padi. Goreng hingga masak

2. Masukkan ayam yang dipotong dadu, dan goreng hingga masak.

3. Pecahkan telur, masukkan ke dalam kuali dan teruskan menggoreng

4. masukkan sos tiram,sos ikan,kicap soya, garam, lada hitam dan lada sulah

5. masukkan nasi dan goreng hingga garing.

6. Ready untuk dimakan.



Gambar dekat... hmmm yummy..yummy

Sunday, March 20, 2011

Rasulullah( SAW) baring di atas riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

SOURCES DARI ARTIKEL ILUVISLAM.COM

Cream Caremel / puding gula hangus



Sorry.. gambar x berapa cantik..

BAHAN - BAHAN

1. satu tin kecil susu pekat
2. 5 biji telur
3. 6 sudu besar gula
4. 1 sudu tepung jagung

CARA-CARANYA

1. Pecahkan 5 biji telur kedalam bekas, pukul sehingga kembang

2. Masukkan satu tin susu pekat ke dalam telur dan pukul hingga sebati

3. Masukkan satu sudu tepung jagung, dan kacau.. kemudia letak ketepi

4. Panaskan kuali, dan masukkan 5 sudu gula masak sehingga cair keperangan.

5. Apabila dah cair, masukkan kedalam bekas masa tengah panas, dan masukkan adunan telur dan susu secepat mungkin ( takut gula tu jadi keras)

6. Then kukus dalam masa 10--15 minit.. kemudian siap untuk dihidang

Ayam masak sweet sour with veggies





BAHAN- BAHAN

1. 1/4 ekor ayam di potong kecil2
2. 1 biji telur ayam
3. Tepung Jagung
4. 1 batang carot di potong
5. Bunga kobis
6. Kacang botol
7. 1 batang serai di potong halus
8. Bawang merah
9. 4 batang cili padi di belah 2
10. Bawang putih
11. Sos cili
12. Sos tomato
13. Sos tiram
14. Sos ikan
15. Garam dan gula
16. Secawan air

CARA-CARANYA

1. Pecahkan sebiji telur, masukkan secubit garam dan pukul hingga kembang

2. celupkan ayam kedalam telur dan kemudian masukkan ke dalam tepung jagung. Pastikan semua bahagian ayam diselaputi tepung jagung

3. Goreng ayam hingga masak dan asingkan

4. Panaskan kuali dengan minyak, dan tumis bawang merah, bawang putih,serai yang dipotong halus, dan cili padi

5. Kemudian masukkan sayur-sayur lain ( lobak, bunga kobis, dan kacang panjang)

6. Masukkan sedikit air, dan gorengkan sayur

7. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, sedikit garam, dan sedikit gula.

8. Kemudian, masukkan satu sudu kecil tepung jagung untuk pekatkan kuah.

9. Tunggu sehingga mendidih, kemudian siap untuk dihidangkan

Bubur Ayam + carrot




RESIPINYA :

1/2 Batang Lobak dipotong dadu
1 ketul isi ayam di potong dadu
2 ketul Kiub Ayam MAGGIE
1 gelas kecil beras

CARA-CARANYA

1. Basuhkan beras sehingga bersih

2. masukkan beberapa gelas air bersih kedalam periuk sekali dengan beras.

3. Masukkan carrot dan ayam yang dipotong dadu, dan hidupkan api pada suhu sederhana

4. Apabila beras dah pecah menjadi bubur, masukkan kiub ayam maggie.. dan kacau hingga rata

5. Tunggu hingga masak.. dan siap di hidang

p/s : Lebih enak jika di tabur daun bawang dan bawang goreng

Sunday, March 13, 2011

Benjamin Rayyan.. and..

I suka lagu One republic.. i suka music dia...and selama ni i x pernah kenal pun siapa kumpulan One republic tu.. sehinggalah pada malam ni.. i google pasal kumpulan ni.. and baru dapat tahu yang vocalist dia tu nama Ryan Benjamin Tedder...

and my son nama Benjamin Rayyan... and guess what? Benjamin loves Music




This Is Ryan Benjamin Tedder


This is Benjamin Rayyan

Weekend

Weekend.. what we were doing on weekend...( pictures will explain everything this time)



Benjamin main toys "wood train" from IKEA


Benjamin Main train dekat Sunway Pyramid


Me, Aleesya and Abang waiting for Benjamin main Train

Benjamin inside wheel ferris at Sunway Pyramid

Wednesday, March 9, 2011

Berurut...

Sedapnya kalau boleh berurut sekarang nih.. Hari2 penat driving from KL to Shah Alam.. di tambah dengan banyak assingment.. test.. notes yang x pernah update.. memang boleh jadi stress.. di saat2 yang stress ni.. berurut sungguh melegakan.. Tapi.. kat KL ni bukan senang nk cari tukang urut..

Cost berurut kat Kl paling kurang pun.. mesti nk kene bagi RM50 ( rasanya reasonablelah jika di compare dengan cost of living kat KL nie..) Tetapi bagi yang menerima RM50 mungkin sungguh gembira.. Yerlah.. kalau sorang urut RM50.. cuba bayangkan kalau urut 5 orang sehari.. x ke dapat RM250 sehari.. dah kalau berurut selama 20 hari sebulan.. memang sah2 dapat RM5000 sebulan.. x gitu??

Tapi bg yang kene keluarkan duit RM50 tu.. fuhhh.. fikir 10 kali jugaklah...

Bezalah kalau kat Terengganu.. coz berurut.. atas ikhlas.. kalau kedekut bagilah RM10.. kurang kedekut RM20.. biasa orang bagi RM30.. kalau saja nk sedekah ke tukang urut tu.. bagilah RM50.. so x ada harga yang ditetapkan.. semuanya atas keikhlasan diri.. Tapi rasanya x ada orang bagi RM10.. sebab kesian si tukang urut.. dahlah berjam2 berurut.. last2 dapat RM10 jer.. boleh lepas sekali makan jer...

Kalau nk compare tempoh berurut dan kesedapan berurut tu.. FUHHHH.. memang jauhlah bezanya.. Kebanyakkan tukang urut kat KL ni adalah warga Indonesia... ( memandangkan ramai bebenar warga Indon kat sini).. ada yang pandai mengurut.. dan ada jugak yang buat2 pandai berurut since nk cari rezeki.. kalau kat Terengganu.. kebanyakkan tukang urut adalah mak cik2 yang dah tua.. yang banyak sungguh pengalaman berurut ni.. yang tahu punca2 urat sana sini.. yang banyak petua untuk di kongsi.. memang tukang urut kat Terengganu sungguh best..

My fav tukang urut adalah "MOK KAH".. everytime balik Trg.. memang confirm akan berurut dengan mok kah.. dia urut memang power.. bila dia tekan aja badan.. memang boleh rasa urat2 kita yang lenguh2.. dan bila dia main2 urat2 lenguh kita tu.. fuhhh legaaaa sangat rasa... Mok kah ni urut bukan sejam.. tapi 3JAM!.. selagi semua urat2 kat badan kita x dibetulkan.. memang dia akan urut..

Dulu.. sy ada penyakit sakit belakang.. sejak beranakkan Benjamin memang selalu sakit belakang.. x leh banyak buat kerje skit mesti sakit belakang.. atas lantai or tilam keras memang x leh tido.. kalau x memang sakit sangat belakang.. sampai nk bangun pun susah.. orang kata sebab EPIDURAL.. tapi ntahlah..

Dah puas berurut dengan mcm2 tukang urut... semuanya x pernah menjadi.. sehinggalah berjumpa dengan mok kah.. dia urut2 kat urat yang sakit tu.. sampai nk terkeluar air mata.. tapi kesannya.. sehingga ke hari ni.. sakit belakang tu memang dah x pernah wujud.. tido atas tilam keras ke.. tilam nk cabut spring ke.. atas batu ker.. x ada masalah.. kalau dulu.. memang atas carpet pun x leh baring.. tapi skarang dh boleh baring2 di atas carpet sambil tengok TV... hebat kan penangan tukang urut??

Tapi.. mok kah x ada di KL ni.. mok kah duduk nung jauh di Terengganu.. nak balik Terengganu memang mustahil.. apa yang boleh adalah.. tahan ajalah kelenguhan badan ni.. sehingga balik Terengganu yang ntahlah bulan berapa tu.. and berurut dengan mok kah yang dirindui... hehehehhe

p/s : semoga Allah memberkati hidup mok kah yang banyak berjasa di dalam hidup orang yang dia pernah urut..