Monday, March 30, 2015

Kenapa saya suka Shaklee

Saya tak nak jadi BIAS pada suatu produk.. tapikan jika kita dah guna satu produk dan kita puas hati dengan produk tersebut.. sememangnya kita akan BIAS pada suatu produk tersebut...

Saya menulis bukan kerana saya menjual.. anda tak perlu beli jika anda tidak berminat dengan sesuatu produk... tapi saya menulis kerana saya telah jatuh hati dengan produk ini....

Memang banyak produk kesihatan yang ada di pasaran..tapi apa yang membezakan antara satu sama lain?? pada saya.. yang pertama adalah kebagusan produk itu sendiri.. DAN yang kedua adalah serasi atau tidak produk tersebut dengan seseorang...

Sebagai contoh.. saya ni memang dah banyak produk nak kurus yang saya telah guna.. cakap ajalah jenama apa.. memang banyak yang telah saya guna.. tapi kebanyakkanya tak serasi dengan saya.. either maybe saya ni memang x pandai control makan.. or maybe sebab cara penggunaan produk tersebut saya x boleh nak ikut ( yerlah kalau kene skip makan 2 kali sehari.. confirmlah saya tak mampu kalau dah di ajar makan 3 kali sehari!!!) dan juga maybe ubat tersebut just x serasi dengan saya.. siapa tahu kan??

Tapi dengan Shaklee.. saya nampak kelainanya...

Saya mula2 beli shaklee sebab dia murah... yerlah slimit set paling jimat bawah RM100 .. kalau nak cari produk kurus sekarang kebanyakkanya sebulan kena keluar duit RM300++, tapi Shaklee dia jual dengan pakej paling JIMAT dan pakej yang PREMIUM.. (perbezaan antara pakej jimat dan premium saya cite lain kalilah...)

Selepas consume Shaklee.. saya boleh nampak memang produk shaklee bagus..

Saya bagi saya punya OWN TESTIMONI...

1) TESTIMONI VITAMIN C



Saya amalkan Vitamin C Shaklee.. dan semenjak itu saya tak pernah makan ubat selsema dan batuk.. bayangkan lepas saya melahirkan Darris.. ( of which 20 hari yang lepas).. saya kena selsema dan batuk (sebenarnya selsema memang saya dapat 2 hari before Darris lahir).. cuma it getting worst  lepas saya lahirkan Darris dan ditambah dengan batuk. memang seksa bila batuk lepas lahir.. setiap kali batuk boleh terasa begegar rahim saya yang masih tengah fragile dan luka jahitan kat bawah tu.... hmmmm.. memang seksa...

Saya x makan ubat batuk or selsema sbbnya saya menyusu baby.. so tak tahu ubat apa yang boleh makan.. saya hanya makan vitamin c... oh yes hanya vitamin C.. hari kedua berpantang selsema saya hilang.. dan hari ketiga or keempat batuk saya hilang... So memang saya terasa keberkesananya..

2) TESTIMONI ESP + ALFAFA ( Untuk menyusu)

Kalau nak cerita pasal ESP memang banyaklah yang saya lalui dengan ESP ni.. dan ia adalah produk yang paling paling saya suka dari Shaklee...tapi kat sini saya nak cite pasal penyusuan sahaja...

Saya ni adalah exclusive pumping mum... maknanya saya x direct breastfeeding.. tetapi saya pump kan susu.. kenapa saya jadi mcm tu.. boleh baca kat sini (susu ibu..pengalaman saya)

Bila kita pump..saya boleh lihat sendiri susu saya ni banyak ke tak... dan saya boleh nampak.. selepas saya amal ESP dan Alfafa.. susu saya makin hari makin banyak.. boleh tengok gambar kat bawah ni...


Ini gambar mada 14 March 2015 (iaitu 4 hari usia Darris) Guna Mendela harmony (manual) tu lepas sejam perah.. dapatlah dalam 30ml (1oz)


Ini gambar 18 March 2015 ( hari ke 8 usia Darris).. masa ni guna Autumz Passion double pump,, pump selama 15 minit dapatlah dalam 50ml


Yang ini adalah 26 March 2015 ( 16 hari usia Darris) nampak tak yang susu makin pekat.. dan susu makin bertambah!!!! Alhamdulillah


Saya ada banyak lagi testimoni pasal shaklee.. tp cukuplah dua sahaja untuk hari ini...!!! 



No comments:

Post a Comment