Friday, November 6, 2009

Antara dua garisan

Semalam tengok cite Antara Garisah.. lakonan Sharifah Armani dan Norkhiriah..

Cite dia x adalah syok sangat.. tapi apa yang nak disampaikan oleh cerita tue yang saya tertarik hati..

Dia kisah tentang dua jenis manusia.. yang baik dan yang jahat... yang baik nie selalu memandang hina pada yang buruk.. kononya dia merasakan diri dia adalah yang terbaik di muka bumi Allah SWT nie.. dan menanggap yang jahat nie adalah pemusnah bumi Allah SWT ini... jadi yang baik ni.. cubalah nak menghapuskan yang jahat tue dengan kononya nak buat jihadlah.. " amar makruf nahi mungkar"... yang baik cuba bertindak mengadili yang buruk.. sedang kuasa untuk mengadili manusia yang lain terletak di tangan Allah SWT sahaja... and at the end of the story.. berlaku tragedi.. di mana yang baik tue bertukar menjadi jahat.. and yang jahat bertukar menjadi baik....

Moralnya...

1) Walaupun kita nie menuntut ilmu sampai kemana-mana pun.. atau kerana kita rasa diri kita nie beriman pun.. x perlulah kita nak bangga pada diri kita kononya kita sahajalah yang terbaik di muka bumi Allah SWT ini.. sebab kita kene ingat.. kita ini hanyalah manusia yang lemah yang akan melakukan kesilapan.. dan Allah menurunkan ujian pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA...

2) kita x boleh nak menghakimi orang lain.. siapa kita untuk mengatakan orang itu salah??? Tugas kita hanya menasihatkan sesama manusia supaya berubah.. dan cuba untuk mengubah diri kita sendiri.. bukan dengan mengatakan apa yang orang lain buat itu salah... akan masuk neraka... orang jahiliyah.. dan bla..bla.. sebab hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui.. mungkin pada kita, kita nampak apa yang seseorang buat itu salah.. tapi kita x tahu mengapa mereka melakukannya.. Kita bukan seperti Rasulullah yang terpelihara sifatnya... kita manusia yang lemah.. hari ini kita menghakimi orang.. esok lusa.. x tahu pulak.. kita yang buat dosa.... jadi x perlulah kita nak jugde orang tue mcm mana....tue urusan Allah...

Sy tertarik nak cerita kat sini kisah adik sy.. Hari tue masa balik Terengganu.. adik sy di tegur oleh nenek dan uncle sy.. kerana dia x pakai tudung.. nenek and uncle sy kata..kalau x pakai tudung nie.. pahala solat dan berpuasa x akan di hitung.. kononya buat rugi ajelah adik sy nie solat dan puasa kalau x pakai tudung..
=> saya tahu memang dosa besar kalau x pakai tudung.. dosanya bukan sahaja pada orang x pakai.. tapi pada orang yang melihat aurat orang tue.. tapi siapa kita untuk mengatakan bahawa pahala orang itu x akan dihitung? kita nampak ke pahala dia dihitung atau tidak?? Pahala dan dosa.. milik Allah SWT bukan milik kita..

3) Allah maha pengampun.. Allah SWT mencintai hambanya yang bertaubat.. jadi pada yang melakukan kesalahan.. jika mereka bertaubat.. Allah akan ampunkan.. tapi pada mereka yang kononya merasakan diri mereka itu baik... dan Allah SWT menutupkan pandangan mereka pada kesilapan mereka... mereka adalah orang yang rugi...

Nasihat ini saya tujukan jugak pada diri saya... sy bukan manusia yang sempurna.. memang sy banyak mengadili orang lain.. memang banyak saya buat salah sesama manusia.. maafkan saya kepada sesiapa yang pernah saya sakitkan hatinya..

No comments:

Post a Comment