Tuesday, July 30, 2013

Tanggungjawab Ibu bapa

Sepanjang cuti semester ni dan bulan ramadhan yang mulia ni.. memang sy x ada kerja lain melainkan mengisi masa saya dengan tengok TV dan baca buku.. dan di sini ada satu yang saya ingin kongsikan hasil dari buku yang sy pinjam dari Mother in law saya...

Bukunya bertajuk : Pendidikan Anak-anak dalam Islam
Hasil karangan : Abdullah Nasih Ulwan

Apa yang saya sangat tertarik adalah sebuah kisah pada zaman Umar bin Al-Khattab, di mana ada seseorang ayah datang mengadu kepada Umar tetang anaknya yang derhaka padanya. Umar pun panggil anak kepada ayah tersebut dan memarahinya.

Lalu si anak itu berkata kepada Umar " wahai Amirul Mu'minin! Tidakkah ada hak-hak anak juga di atas ayahnya?" Umar menjawab " Ada". Anak itu bertanya lagi " apa dia wahai Amirul Mu'minim". Umar menjawab " hendaklah dia memilih ibu dari keturunan yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarnya membaca al-quran. Lantar si anak pun berkata " wahai Amirul Mu'minin, sesungguhnya ayah saya tidak melakukan sesuatu pun dari yang demikian itu. Adapun ibu saya dia adalah seoarang zanjiah(bekas hamba hitam), dahulunya isteri kepada seorang majusi dan dia juga telah menamakan daya Jo'ul (lipas) dan dia belum mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran".

Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada si ayah "engkau datang kepadaku mengadukan penderhakaan anakmu, sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu, dan engkau telah merosakkanya sebelum dia merosakkamu".

Daripada kisah ini saya dapat simpulnya..kita selalu mendengar tentang istilah anak derhaka.. tapi kadang2 kita lupa tentang ibu bapa juga boleh derhaka kepada anak-anak...

Jadi dari sini kita dapat lihat.. tanggungjawab ibu bapa adalah sangat besar.. jika kita ingin anak kita menjadi anak yang baik dan soleh.. seharusnya kita mendidik dan menjadikan mereka anak yang soleh.. bukan semata-mata mengharap mereka bertukar menjadi kehendak kita...

Dan kadang-kadang kita harus sedar bahawa.. ada kesilapan yang dilakukan oleh anak kita.. mungkin datangnya dari kelalaian kita dan kecuaian kita dalam mendidik anak-anak kita.. jadi apa yang kita harus buat? adalah dengan memperbetulkan kesilapan tersebut... Wallahualam.

No comments:

Post a Comment