Friday, May 18, 2012

Kidzania the curve

Sebenarnya dah lama dah pergi Kidzania ni.. tapi baru aje je nak post.. sbb baru ajer ada peluang nk ber"blog" nih....

Harga tiket untuk Kidzania
Kanak -Kanak ( 4 tahun ke atas ) - RM 55
Dewasa - RM 35
Kanak-Kanak ( 2-3 tahun ) - RM 35
Bayi - Free

Kidzania ni boleh diibaratkan macam sebuah bandar untuk anak-anak di mana di dalam bandar tersebut ada pelbagai jenis pekerjaan, restaurant, kedai-kedai untuk membeli, bank dan macam-macam lagi.

Untuk Kanak-kanak memang bestlah diaorang pergi sebab diaorang bukan sahaja boleh bermain, boleh jugak belajar. Sebagai contoh kalau diaorang bekerja sebagai doktor gigi, diaorang bolehlah belajar tentang cara-cara penjagaan gigi, dan jenis-jenis kerosakkan pada gigi. Diaorang dapat pengalaman untuk check sendiri pesakit (patung jer) yang mempunyai masalah gigi, selain di beri peluang untuk memberus gigi (gigi palsu) untuk belajar cara-cara mengosok gigi.. hehehehehe....

Kat Kidzania jugak, kanak-kanak boleh bekerja di restaurant di mana diaorang akan belajar cara- cara untuk buat makanan... dan selepas siap buat.. diaorang boleh makan makanan tersebut... so mak ayah x payah keluar duit untuk beli makanan.

Bagi mak dan ayah yang keletihan menunggu anak-anak.. di sana jugak ada bilik khas di mana mak dan ayah boleh menunggu sambil baca surat khabar, or minum coffee..

ada beberapa gambar untuk menerangkan dengan lebih lanjut

Bila dah nk masuk kt akan dipakaikan dgn Jam tu yang akan record tentang umur budak, group family budak tersebut dan location budak tersebut jika perlu.
Tengah beratur.. biasanya mmg kena beratur dalam 20 minit jugak sebelum dapat masuk.. esp time hujung minggu
Benjamin bekerja sebagai painter. Dapat gaji 8 Kidzos.


Benjamin and Yana ( my sister) bekerja sebagai security guard. ( tukang hantar duit bank). Gaji 10 kidzos

Benjamin pergi ke bank untuk tunaikan cek yang di dapat semasa mula2 masuk. cek 50 kidzos akan diberikan semasa beli tiket

Benjamin bekerja sebagai tukang cuci bangunan. Gaji 8 Kidzos

Benjamin bekerja sebegai nurse di wad baby. Kena mandi, pakaikan lampin dan susukan baby

Benjamin dan yana dimasukkan ke penjara.



Benjamin jadi fireman!

Dentist

Aleesya ( 2years) yang x bekerja, menghabiskan duit kidzos abangnya dengan buat face painting.Harga 10 kidzos kalau x silap

Benjamin bekerja di clock tower di mana dia kena berjoget bila jam berbunyi ( 30 mins sekali kot..)

Aleesya yang di beri peluang untuk bekerja sebagai customer di sebuah mart. Dia kena ambik barang masuk dalam troley dan bawa ke kaunter, untuk pekerja kaunter scan and minta bayaran. Then Aleesya kena pergi simpan balik barang2 tersebut...hehehhe

Benjamin membelanjakan duit gajinya dengan face painting half of his face... kalau x silap 50 kidzos

Benjamin tengah beratur untuk bekerja sebagai fireman. Fireman pekerjaan yang paling ramai orang nak.. so memang panjang sikit beraturnya...

Benjamin di bilik surgery


NOTE : Kesemua pekerjaan di kidzania hanyalah untuk budak2 berumur 4 tahun ke atas sahaja. Bagi anak2 yang berumur bawah 4 tahun, diaorang x boleh bekerja... tapi ada bilik baby yang ada pelbagai permainan yang diaorang boleh main disana.. cuma x dapat gajilah....

No comments:

Post a Comment