Friday, September 23, 2011

Institusi kekeluargaan Islam

Semester ni saya kena ambik kokurikulum.. selepas 3 semester sy asyik duk "drop" subjek tu..
Jadi subjek koko yang sy ambik sem ni adalah "institusi kekeluargaan Islam 1"
Hari Khamis baru ni sy pergilah kelas koko tu.. seperti yang di jangka mmg sy sorang ajalah yang berkahwin dalam kelas tu. Ustazah sy pun dah berkahwin beranak satu.. dia baru aja lepas pantang anak pertama dia.. dan saya pulak dah beranak 2.. ( lagi advance dari ustazah)..

Kebanyakkan yang ambik subjek dalam kelas tu semuanya dah berpunya ( dah bercouple).. cuma ada seorang aja yang sudah bertunang..
So masa dalam kelas.. ustazah bagi penerangan tentang apa yang kitaorang akan belajar dalam kelas ni. Pada mulanya kitaorang akan belajar tentang aqidah dan fardhu ain ..sbb kata ustazah sebelum kita melompat ke alam perkahwinan kita perlulah memantapkan diri kita sendiri dahulu dengan agama yang kukuh.. barulah apabila kita berkahwin nanti.. kita mampu menepis segala cabaran dan dugaan yang mendatang...

kalau di tengok pada zaman sekarang, mmg ramai sangat yang berkahwin beberapa tahun dan kemudian bercerai.. memang ramailah kenalan2 saya yang berkahwin sekitar tahun yang saya kahwin.. akhirnya bercerai pada hari ini.. di manakah silap kita?? adalah ianya silap suami yang tidak mampu memimpin ataupun silap isteri yang tidak pandai melayan?? Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakkan pasangan-pasangan suami isteri bercerai adalah kerana "kurang persefahaman"... Macam mana ini boleh berlaku??

Bak kata ustazah sy masa kelas koko tuh.. salah satu punca kenapa rumahtangga yang kita bina jadi rapuh dan hancur adalah kerana kekuatan dalam diri kita dan pasangan kita rapuh.. aqidah kita rapuh..ibadah kita x kukuh..maka robohlah rumahtangga kita..

Jadi yang sebenar-benarnya..kita sudah tertipu dengan kisah cinta dalam TV yang telah di tayangkan oleh orang barat...kita ingat bila "deeply in love" dengan pasangan kita..maka kebahagiaan adalah milik kita.. tapi bukan..bukan cinta sesama manusia yang kekal.. tapi cinta kepada yang Maha Mengasihi.. yang akan mengukuhkan perhubungan kita dengan pasangan kita.

Jadi kepada teman-teman yang membaca.. jika anda ingin berkahwin.. ataupun sudah berkahwin.. kunci kebahagiaan adalah apabila iman kita kukuh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment