Friday, October 16, 2009

Dugaan

My mother in law pernah bagi tahu saya.. ada seorang penceramah dekat surau bagi tahu bahawa dugaan itu datang kepada kita kerana beberapa sebab. Untuk menghukum kesilapan yang lepas kita, untuk menguatkan kita pada dugaan masa hadapan,dan sebagai ujian kepada keimanan kita.

walau apa pun sebab masalah datang kepada kita.. kita kenelah sentiasa berfikiran positif, supaya kita tidak mudah give up dengan masalah kita dan hadapi apa pun yang datang kepada kita dengan sabar dan tabah.

1) Masalah turun kerana nak hukum kesilapan yang lalu

Kita x tahu apa sebab Allah SWT bagi dugaan kepada kita, tetapi kalau kita ada terdetik di hati kita kerana kesilapan kita yang lalu.. kita ambillah iktibar dan cubalah ubahkan diri kita..

Jangan anggap hukuman itu kerana kita ini manusia yang jahat atau teruk, kita kene ingat setiap manusia mesti melakukan dosa, tidak ada manusia yang sempurna, dan THE REASON WHY ALLAH SWT HUKUM KITA KERANA DIA KASIHKAN KITA,DIA INGATKAN KITA TENTANG KESILAPAN KITA...

Kalau ALLAH x kasihkan kita, dia akan bagi kita hidup dalam keadaan yang lupa dan sesat, which is not good at all.. biarlah kita di timpa balasan yang x sebarapa di dunia.. jangan seksaan yang sangat berat di akhirat...

2) Masalah datang kerana ingin kuatkan kita

Kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan, tapi ALLAH SWT maha mengetahuinya.. ada masa Allah bagi kita ujian supaya kita dapat bersedia dengan masalah yang lagi besar di masa hadapan..

3) Sebagai ujian kepada kita

Allah menguji hambaNya yang dia kasihi.. bila Allah menguji kita.. maknanya Allah SWT kasih pada kita...

Pada kesimpulanya.. dugaan itu datang kerana Allah SWT ingat pada kita.. Allah SWt x biarkan kita sesat dengan kesenangan dunia.. bila kita susah kita ingat pada Allah SWT.. bukankah itu lebih baik?

Sabar dan tabah menghadapi cabaran.. jangan cepat give up.. ingatlah Allah benci kepada orang yang give up... jangan menyerah kerana orang luar.. hanya kita yang mengetahui diri kita..

No comments:

Post a Comment