Sunday, May 19, 2013

Belajar Membaca

Benjamin masuk sekolah masa dia umur 4 tahun... dan before dia masuk sekolah lagi sy dah simpan angan-angan supaya dia boleh membaca before dia umur 5 tahun!.. Yes angan-angan saya sungguh tinggi!!!

Sy fikir bila anak-anak boleh membaca.. sy boleh belikan dia buku.. and from there they can start explore the whole world by just reading a book.. so boleh bayangkan betapa besarnya nilai bila kita pandai membaca.. saya selalu bagi tahu Benjamin... "kalau Benjamin pandai baca buku.. nanti mummy beli banyak buku.. dan Benjamin boleh baca mcm2 benda... kalau benjamin nak tahu pasal dinasour.. benjamin boleh baca buku pasal dinasour"etc... bila saya cakap macam tu.. ia menimbulkan keinginan anak-anak untuk membaca.. sebab diaorang tahu there will be alot of things waiting to be explore by them once they know how to read....

Pada mulanya.. saya beli buku "bacalah anakku" yang versi bahasa Inggeris.. lepas tengok cd dia.. saya ajar Benjamin guna phonic punya bahasa..tetapi memandangkan sy pun x berapa pandai phonic ni.. sebab sy x diajar mcm itu... sy pun give up... masa tu Benjamin belum lagi 4 tahun...

Selepas itu.. saya masuk satu bengkel belajar membaca untuk anak-anak yang di jalankan oleh pihak Little Caliph iaitu tadika Benjamin.. dan dari situ sy belajar yang sy seharusnya menggunakan buku "bacalah anakku" bahasa melayu dahulu before buat bahasa inggeris.. kerana once diaorang dah master yang bahasa melayu.. buku bahasa inggeris x menjadi masalah...Lagi satu.. kita seharusnya menggunakan bahasa phonic bila mengajar anak.. dan jangan sekali mencampur adukkan.. sebab nanti budak-budak akan confuse...

Jadi berdasarkan bengkel tersebut sy pun mula balik untuk ajar Benjamin membaca.. dengan menggunakan buku "bacalah anakku" versi bahasa malayu dan buku yang little caliph sediakan sendiri

Pada mulanya memang susah.. sebab bila ajar Benjamin..dia selalu buat mcm muka macam boring.. dan bila disuruh untuk ulang balik apa yang diajar.. dia selalu lupa.. dan ia menimbulkan kemarahan saya... biasanya waktu membaca adalah waktu yang cukup tertekan buat saya dan Benjamin....

Jadi saya pun tanya pada cikgu Benjamin.. mcm mana caranya untuk ajar.. since Benjamin selalu x ingat... dan cikgu tu cakap.. if Benjamin x ingat saya kena keep bagi tahu dia.. dan lama2 dia ingat.. untuk belajar membaca.. budak2 harus menghafal untuk membaca suku katanya.. dan untuk menghafal mereka harus praktis banyak kali.. sekurang-kurangnya sekali sehari... dan itulah yang saya cuba buat!..

Tetapi memandangkan saya kadang-kadang sibuk.. dan kadang2 Benjamin mcm x ada mood nk belajar.. so praktis setiap hari tidak selalu dapat dijalankan..sekurangnya.. saya buat dalam 3 kali seminggulah untuk praktis membaca..

Hasilnya.. alhamdulillah.. sekarang Benjamin dah boleh membaca.. sekarang dia dah kenal semua suku kata.. dan dah boleh membaca buku walaupun masih kurang lancar lagi.. tapi inshaAllah thru practice.. dia boleh membaca dengan lancar...

Pada pandangan saya.. untuk mengajar anak-anak membaca.. memang memerlukan kesabarang yang sangat-sangat tinggi.. because there will be a time the kids just refused to learn.. and sometimes diaorang tunjuk muka yang sangat boring.. sehingga membuatkan kita pun rasa boring sangat2 untuk mengajar.. tapi as parents.. kita kena sentiasa cuba untuk make the process of learning become interesting... reward them if we can afford... ( i dont think if we reward the kids it can bring harm to them... i guess it depend on what kind of reward we offer)

Dan bila anak kita x ingat apa yang kita ajar.. dont give up.. just teruskan mengajar dia.. our job is to let them learn.. to educate them.. not to test their knowledge.. if they dont know.. then just tell them... it's ok! Diaorang x tahu bukan bermakna diaorang x pandai.... kadang2 diaorang confused.. macam Benjamin dia selalu confused antara "b" dan "d".. so bila dia confused.. sy just kept telling him...

Belajar membaca is a process that require a lot...lot of practice.. however it is our job as a parents to educate our kids..  so.. dont give up parents!

sekarang sy tengah dalam process untuk mengajar Aleesya pulak membaca.. ooohhh.. another journey!



Hantar anak ke sekolah muzik

Nak belajar music ni memang dah menjadi idaman saya sejak saya kecil lagi... sy selalu angan-angan untuk main piano atau violin masa kecil-kecil dulu.. tetapi memandangkan keluarga saya tak mampu nak hantar saya ke Sekolah Muzik.. jadi angan-angan saya hanya tinggal angan-angan aja...TAPI saya nekad.. suatu hari nanti.. bila saya dah ada duit sy nk masuk music school... ianya untuk self satisfaction sy!! hehehehe...

Okey.. hari ni bukan nk cerita pasal saya.. tapi pasal anak-anak sebenarnya....

Sejak Benjamin dalam perut lagi saya memang ingin dia belajar kelas muzik.. in fact masa dalam perut saya dah berikan anak-anak mendengar ayat-ayat quran dan muzik-muzik slow untuk merangsangkan minda diaorang masa dalam perut lagi... sy buat mcm tu dengan harapan supaya bila diaorang lahir.. bolehlah dia menjadi anak yang pandai... hahahahhha siapa yang tak nak anak yang pandai kan???

Tetapi lain yang sy harap.. lain pulak yang jadinya.. minggu lepas saya pergi sekolah Benjamin untuk ambil report kad.. dan saya diberitahu oleh cikgu yang Benjamin agak kebelakang sikit sebab dia selalu x pergi sekolah dan bila ke sekolah dia selalu mengantuk.. walaupun Benjamin dah boleh membaca walaupun  belum 5 tahun lagi... tetapi kalau nk compare dia dengan kawan-kawan dia.. memang dia bukan yang berada di hadapanlah.. dan itu menghancurkan hati saya.... sungguh hancur hati saya... sebab almost everyday .. x kira pukul berapa pun saya balik ke rumah sy akan make sure sy mengajar Benjamin buat maths.. or baca buku.. tapi kesemua itu tidak membuahkan hasil yang sy inginkan....

Sy rasa masalah Benjamin adalah dia kurang fokus bila dia belajar.... saya x salahkan dia.. maybe silap saya bila dia diberi kelonggaran untuk tengok banyak sangat TV!.. yes.. that was my biggest mistake!!!.. So sy pun google2 lah cara2 untuk buat anak2 mudah fokus... dan sy terjumpa article pasal muzik boleh membuatkan anak2 fokus.. di samping ada kajian yang mengatakan anak2 yang belajar muzik lagi pandai  atau lagi perform dalam kelas jika dibandingkan dengan anak-anak yang x belajar muzik... Jadi berdasarkan fakta tersebut.. sy pun pergi ke sekolah music dekat rumah saya.. dan terus bertanya pasal kelas music untuk Benjamin dan Aleesya...

Memandangkan saya selalu pergi Gym kat Wangsa Walk..so sy pilih kelas music Yamaha di Wangsa Walk..  dan ini struktur yuranya..

1) 3 tahun - 3 tahun setengah = Music Wonderland
Yuran (kena bayar 3 bulan sekali) = RM 354
Registration fees = RM50

2) 4tahun - 5 tahun = Junior Music Class (JMC)
Yuran (kena bayar 3 bulan sekali ) = RM 354
Registration fees = RM 50
Buku-buku dan CD = RM 129 ( kalau x silap)

Untuk Aleesya.. belum boleh masuk lagi memandangkan dia belum lagi 3 tahun.. so kena tunggu birthday dia baru boleh masuk... and untuk Benjamin.. dia masih menunggu untuk penuhkan qorum before start kelas... so sekarang sy kena tunggu untuk kelas JMC bukak.. before Benjamin boleh masuk.. tapi nama semua dah sy berikan kepada staf sana...

Sy harap.. impian saya untuk tengok anak2 blaja music tercapai.. ooh.. lambatnya orang Yamaha nk call saya untuk panggil Benjamin masuk kelas.....!! heheheh

Monday, March 4, 2013

I did it my way - frank Sinatra

And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain

I've lived a life that's full
I traveled each and every highway
And more, much more than this
I did it my way

Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption

I planned each charted course
Each careful step along the byway
And more, much more than this
I did it my way

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out

I faced it all and I stood tall
And did it my way

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside
I find it all so amusing to think I did all that

And may I say, not in a shy way
Oh, no, oh, no, not me, I did it my way

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has not
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels

The record shows I took the blows
And did it my way

Yes, it was my way

i love this song.. in fact when i was in Kedah (Pre Law Uitm Kedah) and was pregnant of Benjamin Rayyan.. i listened to this song..almost every single day... 

  

Wednesday, February 27, 2013

Umrah 2013 : pengalaman dengan orang Iran

Alhamdulillah.. setelah setahun berdoa.. akhirnya Allah SWT makbulkan permohonan sy.. Sy dapat menjadi tetamuNya.. dan yang lebih indah dengan suami sy.. ( Doa sy semasa buat Umrah 2006.. adalah untuk menjadi tetamuNya lagi dengan suami sy.. dan Allah Makbulkan).. Alhamdulillah

Pengalaman yang saya nk cerita ni.. satu pengalaman yang cukup indah buat saya.. cukup mengusik jiwa sy..

Ceritanya bermula masa tu sy sedang duduk baca quran dalam Masjidil Nawabi di Madinah.. sedang sy baca quran, tiba2 datang seorang perempuan, dia tegur sy, sy x faham apa dia ckp.. tp dia asyik sebut "Muhammad..Muhammad" dan buat sign mcm kat mana Muhammad SAW.. dan sy ckp x tahu...

Sy tanya dia.. dia faham x English.. tapi dia ckp x tahu.. dan sy bagi tahu dia.. sy x faham apa dia ckp.. lepas tu kami senyum sebab masing2 x faham bahasa masing2.. Seterusnya sy teruskan baca Al-quran sy.. bila dah penat sy pun tutup Al-Quran dan duduk termenung... sekali lagi dia tegur sy.. dia tanya saya (guna bahasa isyarat) sy sorang2 aja ke? sy anggukkan kepala.. then dia ckp dia pun datang sorang2.. then dia ckp.. muka sy nampak sedih..(dia buat sign muka sedih).. masa tu sy tensenyum.. sbb mmg masa tu sy tengah sedih tengah memikirkan sesuatu...

Dia tanya sy lagi.. dia ckp dia ni syiah.. and dia tanya sy ni pegangan apa.. then sy ckp sy ni Sunni.. lepas tu dia bagi tahu nama dia.. ( sy rasa nama dia Naimah.. sy pun x berapa ingat).. dan sy bagi tahu nama sy...

Kami teruskan perbulan dengan sy tanya dia sejuk ke x? ( sy buat mcm orang mengigil).. and dia ckp dia x sejuk sebab dia pakai baju long john( dia tunjuk baju tu.. sambil selak kat lengan dia).. lepas tu dia terus gengam tangan saya yang sejuk beku tu.. and dia terkejut sbb tangan sy sejuk sangat.. dia bwk tangan sy ke pangkuan dia.. dan cuba panaskan tangan sy.. then dia peluk belakang sy.. cuba hilangkan gigilan kesejukkan sy..

Masa tu hati sy terusik.. sy dapat merasai kasih sayang dia.. ( walaupun kami baru kenal) cara dia cuba untuk panaskan badan sy.. sama seperti keinginan sy untuk seseorang yg rapat dengan sy buat pada sy... sy nampak muka dia risau sangat sebab sy sejuk.. and dia terus gosok.. sampai dia rasa mcm dah panas tangah dan belakang saya.. dan sy pun ckp sy x sejuk lagi...barulah dia senyum..

Sy ni bukanlah jenis orang yang sensitif.. x ramai manusia yang pernah peluk sy.. dan x ramai manusia yg sy dapat rasa kehangantan kasih sayang dia.. tp dengan wanita iran tu.. sy dapat rasa kehangatan kasih sayang dia pada sy.. Bayangkan.. dia x kenal pun sy ni siapa.. tapi dia cukup risau bila sy sejuk.. macam sy akan jatuh sakit bila sejuk tue... and dia cuba untuk panaskan badan sy.. sebab x nk sy sejuk... Berapa kerat manusia atas dunia ni yang akan buat pada org yg kita x kenal? Even sy pun admit sy x pernah.. dan x pandai untuk berbuat demikian.. tp ada orang buat kat saya..memang hati sy terharu...

Lepas dia sudah gosok badan sy.. sy pun ambik balik Al-Quran dan nak baca lagi. dan di pandang bacaan Quran sy sudah sampai penghujung.... dan dia tunjuk tanda bagus.. sebab dah banyak baca.. dan dia tunjuk quran dia yang masih di awal surah Al-baqarah.. kami berdua gelak aja masa tu..

Yang paling sy sedih.. sebab masa tu sy x bawak handphone.. kalau x mesti boleh ambik gambar dengan dia dan jadikan kenangan.. hahahaha

Sepanjang sy di Madinah.. di Masjidil Nabawi.. sy tak pernah rasa keseorangan.. akan selalu ada orang yang jadi peneman sy di sana.. Sy rasa terhibur.. sy rasa banyak kasih sayang semasa di sana.. sedangkan di Malaysia sy selalu rasa lonely...

Akan sy abadikan kenangan kali ini dengan wanita iran tu dlm kamus hidup sy.. dan sy doakan semoga Allah mencurah2kan kasih sayangNya pd wanita tersebut.. seperti mana dia telah memberi kasih sayangNya pd sy...

Thursday, November 15, 2012

Pendiam...

Kepada yang "betul-betul" kenal sy... maybe x rasa sangatlah yang sy ni pendiam.. sbb di kalangan kawan sy ni.. sy dikira "cakap x berhenti"... Tapi apabila dgn orang2 yang biasa-biasa aja... atau yang kurang sy kenal... biasanya sy ni lagi suka mendengar daripada bercakap...

Maybe sbb ni suka mendengar.. so sy dengarlah.. dan sy mmg suka mendengar luahan/kritikan/dan segala percakapan-percakapan orang lain... ia memberi sy ruang untuk menilai.. apa yang difikirkan oleh orang.. ( ala-ala.. observant lah)

Di sebabkan sy ni jugak bukan jenis yang suka bercakap sangat... sy pun x berapa suka meluahkan perasaan sy... Even to my husband.. sy jarang2 sangat cerita masalah sy.. HANYA apabila sy rasa x tahan sangat.. barulah benda itu keluar.. so to my husband.. dia pikir sy ni x adalah sangat masalah.. (hanya dia aja yang banyak...hehehehhe)...

Bila ada something berlaku pada sy.. apa yang saya buat?? buat bodoh ajalah... hmmm sbb sy x suka masalah.. ( Masalah tetap datang walaupun kita x suka kan?? ) so bila ada masalah.. sy redha ajalah.. and buatlah apa yang patut supaya x pikir2 sangat masalah tu...( sy carilah benda lain.. untuk alihkan pemikiran sy nih)


Lagi satu... mak saya pun jenis-jenis yang mcm tu jugak.. bila ada masalah.. bila ada orang mengata dia.. pijak kepala dia.. or apa-apalah.. dia buat donno ajalah.. bagi dia.. ikut suka oranglah nk ckp apa pun.. asalkan dia tahu apa yang dia buat adalah betul.. .. and hasil daripada kesabaran mak sy tu.. Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah... anak-anak yang berjaya (walaupun mak saya asyik sibuk dengan kerja aja... dan pelajaran setakat SPM jer... tapi adik-adik sy.. semuanya berjaya..) ..jadi hasil pemerhatian sy terhadap mak saya.. sy pun ikutlah trend mak saya... bila orang ckplah apa-apa pun.. buat lah apa-apa pun.. sy buat x reti ajalah... ikut suka orang tu lah.. Orang nampak sy diam.. sy sabar... orang rasa sy ni senang untuk dipijak-pijak.. tapi sy percaya.. Allah suka pada orang yang sabar... sehinggakan Allah menjanjikan kejayaan kepada orang yang sabar.. ( so kalau dipikir secara positif.. apalah sangat untuk menahan kritikan orang... pandangan orang.. kalau nk di bandingkan kejayaan yang bakal menanti nanti.. InshaAllah....

Kesimpulanya.. sy ni mmg bukan jenis yang suka bercerita...dan jika ada pun.. percayalah itu krn sy sudah x mampu menahan(jarang sangat berlaku)...


POST berkulat!

Okey.. post sy sudah berkulat... mmg LAMA sangat sy x update

Apa boleh buat.. kehidupan sbg student LLB di UiTM.. memang seharusnyalah BUSY aja memanjang.. kalau x kerana kerja berlambak2... test HAMPIR setiap hujung minggu... kena pergi kelas dari... kena datang awal ke office sbb kena punch kad... ( sy x faham apa rationalnyer kita semua kena punch kad.. sedangkan kami bukan bekerja ikut office hour!)

Idea untuk post kat sini banyak sebenarnya bermain difikiran sy.. tapi masalahnya.. disebabkan masa yang ada duk sibuk kerja.. and balik rumah kena urus rumah,, anak.. dan suami.. lepas tu rehat/tidor yang x pernah cukup tu... at last semua idea-idea sy pun terkubur begitu sahaja... (biasalah kalau dah jadi isteri/ibu/student ni...)

Ok... cukuplah disini.. sy bagi tahu knp POST sy berkulat... dan lepas ni sy MUNGKIN akan menyepi lagi.. and datang dgn status baru pulak yang akan explain.. knp post terakhir itu berkulat.... hehehehehe

Wednesday, August 29, 2012

Selepas 4 1/2 tahun.....

Selepas 4 1/2 tahun..... akhirnya tamat sudah Ijazah Pengajian Undang-Undang (BLS) saya.. dan inshaAllah bulan November ini sy akan graduate.. TAPI saya masih belum habis belajar.. sbb program Law uitm dia buat 1 1/2 untuk Asasi, 3 tahun untuk Degree and 1 tahun untk LLB.. so kiranya kalau saya nk grad dpt LLB.. kenalah sambung setahun aja lagi.....

Selepas 4 1/2 tahun.. saya rasa inilah pencapaian yang paling hebat yang saya pernah buat dalam hidup sy... sbb sy mampu untuk habiskan pelajaran sy walaupun sudah berkahwin dan ada anak 2! Saya beranak time tengah2 ada kelas.. (kiranya sy ponteng kelaslah.) dan saya datang exam dlm keadaan masih berpantang! walaupun sy buat degree dlm keadaan kucar kacir.... habis plan hidup sy.. tapi alhamdulillah... sy masih mampu untuk menghabiskannya... dan pointer pun lepas untuk sy further LLB ( nk masuk LLB CGPA minimun adalah 2.75)

Yang paling banyak membantu sy sepanjang sy menjadi pelajar ni.. mmg x lain dan x bukan.. ialah KELUARGA saya... mak ayah saya dan mak ayah mertua yang x pernah putus bagi sokongan sy.. support financial sy yang memang x pernah cukup nih.. dan sentiasa mendoakan saya...  suami sy pulak ( the love of my life).. dialah yang banyak tolong sy dalam segala kerja2 kat rumah time-time sy busy!.. Suami sy yang hari - hari tanpa jemu basuh baju kami, angkat baju, sidai baju, beli makanan, jaga anak.. dan kadang- kadang bersih rumah kami... time-time sy banyak assingment.. suami sayalah yang tolong jagakan anak-anak.. dan bagi sy space untuk buat kerja.. sama jugak time sy nak exam.. since sy ni memang jenis study last minute.. dialan yang tolong ambil alih semua tugas-tugas saya.. dan bagi saya banyak masa untuk fokus pd study sy...Sejujurnya.. tanpa dia sy x mampu untuk menjadi seorang isteri, seorang ibu, dan seorang pelajar..... ( ohh... terima kasih abang!!! ayang selalu lupa nk menghargai betapa pentingnya abang dlm hidup ayang)

Anyway sy ada lagi 1 tahun lagi sebagai STUDENT.. and lepas tu dah boleh kerja!!! saya harap lagi setahun lagi tu sy masih mampu untuk habiskan dan buat yang terbaik.. ( dahlah setahun tu yang paling susah.!!)..