1) Orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, Allah akan lipat gandakan
Surah Al-Baqarah : Ayat 245 (Maksudnya)
"Siapakah
yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik
(menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan
pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah
menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nyalah kamu di
kembalikan"
2) Pahala menafkahkan harta di jalan Allah
Surah Al-Baqarah : Ayat 261 ( Maksudnya)
"Perumpamaan
(nafkah yang dikeluarkan oleh)orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada
setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi
siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya), lagi Maha
Mengetahui."
3) JANGAN MENGUNGKIT atas apa yang di belanjakan di jalan Allah
Surah Al- Baqarah : Ayat 264 ( Maksudnya)
"Wahai
orang yang beriman! Janganlah kami menghilangkan pahala sedekahmu
dengan menyebut-nyebut dan menyakiti (perasaan si penerima) seperti
orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia dan dia
tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpaan orang itu
seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa
hujan lebat, lalu jadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak
menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang yang kafir. (Maksudnya mereka tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat.)
4) JANGAN BERNAFKAH sesuatu yang buruk atau yang kita tidak mahu.
Surah Al-Baqarah : Ayat 267 (Maksudnya)
"Wahai
orang yang beriman! Nafkahlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil
usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi
untuk kamu. Dan jangan kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan
darinya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan
memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji."
*
Salam.. Saya menulis tentang maksud2 ayat di atas adalah hasil dari
pembacaan saya melalui Tafsir ( Rasm Uthmani). Saya menulis untuk diri
sendiri di mana saya mengketegorikan melalui sesuatu surah dan
perihalnya dan ia adalah untuk rujukan saya.. dan anda sekalian jika
anda suka..
Pada saya..banyak
benda yang dapat kita pelajari dari Al-quran.. jika kita membaca
tafsirnya sahaja sudah banyak Allah terangkan kepada kita dan banyak
yang boleh di ambil peringatan daripadanya...
Saya tidak ada buku hadis.. jika saya ada.. inshaAllah saya kongsikan juga disini...
No comments:
Post a Comment