Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, May 4, 2015

ONYA baby Carrier

Beberapa minggu yang lepas saya balik ke Terengganu.

Dari KL ke Terengganu husband saya hantar saya, Aleesya dan Darris ke Terengganu dengan kereta, tapi time nak balik ke KL....saya, Aleesya dan Darris terpaksa pulang dengan menaiki kapal terbang.

Nak naik kapal terbang dengan 4 biji beg ( 2 beg besar masuk luggage dan 2 hand carry) bukan senang nak handle sorang-sorang especially jika anda ada seorang toddler berumur 4 tahun setengah dan seorang baby berumur 1 bulan setengah!

So apa saya buat??? saya beli baby carrier!!!

Masa mula-mula nak beli baby carrier memang saya search habis-habisan lah dan buat comparison yang masa satu yang paling bagus. Mulanya niat di hati nak beli yang murah aja sebab saya fikir kitaorang dah ada stroller so baby carrier tu mcm tak adalah perlu sangat pun.. tapi bila tengok-tengok review, saya dan suami berpendapat, baik kitaorang beli yang bagus punya baby carrier supaya bila nak bawa anak tu tak adalah sakit belakang ke, sakit bahu ke, dan yang paling penting adalah baby pun selesa bila di bawa baby carrier.

Jadi saya beli ONYA baby carrier!!


ONYA Outback Baby Carrier ni adalah jenis Ergonomic carrier di mana ia membantu memberi keselesaan kepada baby/anak, tak menyakitkan belakang anak dan pada masa yang sama memberi keselesaan dan tidak menyakitkan ibu sekali!


Disebabkan Darris still baby lagi (1 bulan setengah) kami kena beli ONYA BABY BOOSTER untuk bawa baby,


Kami beli ONYA ni di pump on the go dengan harga RM499.00 untuk Baby Carrier dan RM129.00 untuk Baby Booster = Jadi jumlahnya adalah RM628.00 ( Harga termasuk GST!!)

Walaupun harganya mahal, tetapi ia sangat best bila dipakai! Sebabnya tak sakit dan dia buat Darris pun selesa aja bila duduk. Darris kalau masuk dalam ONYA ni memang tido aja!!..

Oh.. sejak pakai ONYA ni saya pun bolehlah nak gi hantar Benjamin dan Aleesya ke sekolah setiap pagi sambil bawa Darris ke kereta dengan ONYA ni, dan time nak ambik Benjamin sekolah pun Darris duk dalam ONYA ni sambil teman saya tunggu abang dia keluar dari sekolah... kami tunggu di kantin sekolah sambil makan...  hahahaha....

Saya pun pernah bawa Darris gi survey-survey rumah sebab saya dan husband plan nak beli rumah. Masa tu kitaorang pergi survey dalam 3 biji buah rumah jugak, dan saya langsung x ada masalah nak angkut Darris ni kemana-mana di samping Darris pun selesa aja.... Darris tido aja... dia rasa best sebab dia rasa kemas kene peluk dengan ONYA!!!

Di tambah pula, ONYA ni juga boleh dijadikan seat... mcm anak orang putih..hahahhaa


dan di ada kain kat depan beg dia, supaya boleh tutup baby time panas....


Nak pakai ONYA ni senang je... boleh tengok video nie...



Dan.... ini adalah gambar saya masa naik flight hari tu sambil pakai ONYA!!.. Darris duduk dalam tu tido aja... senang sangat nak travel dengan ONYA ni...


Saturday, March 28, 2015

Pengalaman Bersalin....

Okey.. in sebenarnya kali ke-3 dah try cuba nak tulis pengalaman bersalin ni... TETAPI asyik tak jadi.. sebabnya asyik ada benda aja nak nak kene buat.. last2 tertinggal mcm tu aja..


Hari ni adalah hari ke 19 berpantang.. Ini bermakna Darris Ridhuan Raphael pun dah 19 hari dah.. Alhamdulillah....

Berdasarkan tajuk di atas.. exactly 20 hari yang lepas... saya telah meng"admit"kan diri saya di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak sebabnya saya memang dah tak tahan dengan Braxton Hicks yang saya sengsara selama 3 hari.. bermula dari hari Khamis 5/3/15

Sebenarnya pada hari Khamis 5/3/15 tu.. saya gi buat weekly check up dgn Dr Asmah Yun di Pusrawi... dan masa check tu Dr Asmah Yun buat VE (Vaginal Examination) dan dia bagi tahu saya dah 2cm dillated.. then dia buat CTG.. berdasarkan keputusan CTG saya memang dah ada weak contraction..so perbualan saya dan Dr. Asmah lebih kurang jadi mcm ni...

Dr : You nak admit tak?? Boleh beranak hari ini atau esok?
Me: Kalau Admit kena induce ke??
Dr: Tak lah.. sekarang you dah dillated.. dan ada contraction so kita akan buat "augmentation" untuk kuatkan you punya contraction dan boleh beranaklah
Me: Errrmm.. tak apalah Dr.. saya rasa saya nak natural birth lah (kononya)
Dr : Okeylah.. tapi kalau you tak tahan.. surrender ajalah....

Okey.. lebih kurang mcm tu lah berbualanya..

So hari makin hari.. sakit makin kuat.. dan saya sesungguhnya memang dah x sanggup nak tunggu.. bukan apa.. bila datang contraction tu.. ingatkan dah nak beranak dah... tapi lepas beberapa jam.. dia pun hilang... so memang stress sangat menunggunya.. Plus sakit dia pulak makin lama makin sakit.. so penat sangat bila at the end of the day x beranak2 jugak.. that is whylah i decided surrender ajalah..

9/3/15 - saya surrender di Pusrawi dalam pukul 11.00 pagi..and 11.30 pagi Dr. masukkan ubat kot bawah... lepas doctor masukkan ubat tu.. mmg contraction rasa.. tapi x regular...

Dalam pukul 6.30 ptg.. Doktor datang lagi buat VE and baru terbuka 3 cm.. so Dr masukkan ubat lagi.. beberapa minit lepas doctor masukkan ubat.. contraction saya start jadi regular 2 minit sekali.. disebabkan sakit sangat.. saya pun mintaklah ubat suntik kat Doctor... and kalau x silap dalam pukul 8.00 jugaklah dapat ubat suntik....

Lepas aja suntik.. terus jadi mengantuk yang teramat sangat.. contraction still terasa tapi kepala mcm hanyut aja.. so saya pun tido.. dalam pukul 9.00 lebih2.. adalah sorang nurse datang.. dia tanya nak epidural tak? sebab masa tu kebetulan Dr yang buat epidural ada datang untuk pasal epidural bg patient lain... and saya dengan confidentnya cakap "x nak!".. hahahhahah

dalam pukul 11.00 malam mcm tu.. kesan ubat suntik tu mcm x berapa nak rasa dah.. saya dah x berapa mengantuk.. dan rasa contraction makin kuat..so saya tanya nurse boleh tak nak minta suntik lagi.. nurse cakap doktor x kasi sbb baru aja suntik tadi.. so.. nak buat mcm mana tahan ajalah..

Sepanjang malam saya tak tido.. asyik jalan2 aja.. sebab bila contraction memang akan lagi sakit bila kita duduk aja.. so better berjalan, or mandi.. so itulah yang saya buat.. sepanjang malam juga saya tak tido! bayangkan!! (macam mana nak tido kalau dah sakit 2 minit skali pulak tu)...

Pukul 6.00 pagi.. saya dah penat sangat2.. last2 tertido jugak..tapi kejap aja.. dalam 7.30 pagi dah bangun dah.... huhuhuhu...

Pukul 10.30 pagi doctor sampai.. and doktor check jalan baru aja 6cm!!! Punyalah sakit sepanjang malam.. rupanya terbuka sikit aja????? saya memang letih2 gila2 time tu.. so sy request epidural.. saya kena tido untuk dpt tenaga during labor nanti...

Epidural di pasal dalam 11.30.. and selepas tu saya tido aja.. hinggalah mama sy dtg dalam pukul 2.30 mcm tu.. (ganti dengan suami saya yang setia menunggu sepanjang malam..hahahah)...

Duduk berborak2 dengan mama.. tiba2.. rasa sakit... tapi sakit dia hanya di sekitar bawah perut.. dan mmg boleh contraction perut mengeras... sakit dia tue.. mula2 start slow aja.. then lama2 makin sakit... so kitaorang panggil nurse.. masa tu kalau x silap dalam pukul 3.30 kot...

Nurse check ckp dah nak masuk 10cm dah cuma ada sikit aja lagi before 10cm.. (ntah apa yang sikit saya pun x tahu).. so nurse suruh baring mengiring... Nurse keluar beberapa minit aja.. saya dah mula rasa nak teran sangat.. panggil lagi sekali nurse...

so nurse datang.. nurse pun readykan saya untuk bersalin.. nurse masukkan kain kat kaki saya dan ikatkan kaki saya atas palang besi..( saya yang request palang besi tu.. sebab saya ni gemuk.. so memang x boleh nk lipatkan kaki mcm perempuan normal lain time bersalin tu.. hahahaha)

lepas nurse pasangkan palang untuk saya.. nurse pun siapkan something kat sink.. saya pun x sure apa.. then saya ckp kat nurse.. saya kata.."nurse.. saya nak teran boleh tak??"

nurse mcm muka relax aja.. maybe sbb dia ingat saya pakai epidural kot.. so dia pun duduklah kat depan saya.. maybe dia nak check jalan kot.. tapi bila dia datang depan saya.. kepala baby dah keluar.. and dia boleh cakap " ehhhh.. jangan teran.. dah nak keluar ni...jangan teran..." masa tu saya boleh rasa mcm nurse tu mcm tolak/tahan kepala baby saya dari keluar... so dia cepat2 tekan bell suruh nurse lain pergi panggil doktor.. nurse tu siap cakap " bagi tahu doktor baby dah keluar banyak.."

Nasib baik masa ubat epidural still berbaki2 dalam badan saya.. so saya still boleh tahan dari meneran... Doctor sampai dalam masa 5 minit aja!!.. tapi yang kelakarnya.. bila doktor sampai aja.. terus contraction hilang... dalam 2-3 minit jugaklah doktor tu menunggu depan saya.. bila saya nak push.. and saya boleh cakap kat doktor lagi " tunggu kejap ye doktor.. contraction x datang lagi..." hahahahaha

Then bila contraction datang... terus saya push.. saya push slow2.. sbb takut koyak...( kali ni saya determined x nak episotomi.. x nak jahit!).. ohh terlupa nak cakap.. saya memang awal2 dah cakap kat doktor yang saya tak nak episotomi.. so doktor x guntinglah... hahahahah

Darris Ridhuan Raphael Bin Mazran lahir tepat jam 4.06 petang 10/3/15... after more than 20 hours of labor pain.. and with the help of epidural!!!...hahaha...

saya x kena episotomi.. tapi ada 1 degree tear jugak.. ( luka kecil aja).. sbb bahu baby besar sangat.. and doktor ckp sbb saya suka makan manis.. so cepatlah luka.. (yang itu saya x faham.. maybe doktor2 je faham kot...)

Darris baru keluar dari perut.. lepas keluar.. Doktor lepas atas badan mummy untuk dapat bonding!

Okey Nurse dah bersih2 dah Darris masa ni...

Mummy dah dipindahkan ke wad dengan Darris.. tangan tu.. adalah tangan abang Benjamin..


And Darris with Mummy again lepas menyusu!!!

Tuesday, May 21, 2013

being a mother...

Soon after i got married.. i planned to have a baby.. because i thought that was what a married couple should do.... have a baby...

So we have a baby 11 months after i got married to my husband... i was so happy and excited that time... u know for being a mother...

I raised my first son without any problem...he was so easy to handle and i was so happy to have him.... 

Later i thought... let's have another baby.. since Benjamin (my son) was always play alone.. so i thought if he has a brother or sister.. he will have someone to play with... 

So we have another baby when Benjamin not yet 3 ( a few months away from 3) and raised Aleesya (my daughter) was not difficult too... although  she always woke up in the middle of the night.. and made me like a zombie in the morning.. but i guess that's OK.. because other parents also suffered the same things.. so it's normal.. 

If i may tell you.. raised a kid when they were born until they reach 5-6 years old.. was amazing (my son is 5 years old now).. you can do a lot of things with them.. and in fact you can let out the child that stuck inside you while you were with your kids.. they always love to see their mother going crazy with them.. u know.. play with them.. enjoy the cartoons with them.. and in fact enjoy life with them... 

However.. as they grew bigger.. and older.. i mean when they start to enter primary school.. or if you serious about education( like me) your standard will be a bit higher.. which is when ur kids enter kindergarten.. you will start to worried about them.. about their education.. and their social life... Like me.. i was worried when my kids cant read.. there was once i went to his school for report card. and the teacher said that Benjamin was a little bit behind then others since he always skipped school ( that was my fault) , always come to school late ( that was his father's fault) and always sleepy in school... so he cannot enjoy his school.. and that was one of the reason why he left behind.. hearing that.. i was so frustrated.. i asked my self.. why was that happened? i always monitored him at home.. i mean do the reading with him.. but still he was left behind.. 

So started from that tragedy.. i told myself.. i have to work really hard on the kids..i have to make sure he did the reading every single day.. asked him to do math exercises everyday.. LESS TV and LESS YOUTUBE... i did all this with a hope that he will excel in his study..it is not about get a good grade in the future.. but i really really want my kids know how to read.. how to do math.. because that's a basic knowledge.. and if i failed ... it is like i failed to be a parent! that's the way i see it!!!...

In two years time.. Benjamin has to attend primary school.. ohhhh.. that cause me a headache just to find which school is good for him.. u know.. we have a school in front of our apartment.. it was so near and if i send Benjamin there.. i can walk with him to school... however... based on my observation.. and i asked a few people.. that is not a good school..due to the social problem.. and most people that i asked around .. send their kids to a school which a bit distance from our apartment..and they have to hired a van driver to pick and send their kids to home and school.. so now i have to consider either to send my kids to a school which a bit distance.. and i have to spent extra money on the van driver.. OR i just have to close my eyes and send my kid to the school near the apartment... u know to make a decision is sooo damn hard.. because it involve your kid's future! it involve their life... the way i see it.. send my kid to school.. is like send them to a place that can change them to become either a good or bad person..it depend on the school.. so u tell me isnt it a hardest thing to decide..

That's enough about school OK??... OK... now as i see my kids grew bigger and bigger.. i started to think what will happen to them in the future.. as a parents we always give the best to them and in return we also hope a good thing from them right??... so due to this fact i started to think a lot about my kids.. about what will happen to them in the future.. and what can i do to make sure they can have a good future... what the best food for them.. so they can grow brighter... and the list goes on... and at the end of the day it always make me tired of thinking all those things.. and in fact i became too tired  for being too worried about them and their future...

So now.. for those who want to have a baby.. here is my advise.. (nobody tell me about this).. to have a kid.. is not that hard.. but to raise one.. i mean to raise them to be a good person.. is a serious business! so if u want to be one.. make sure you prepare all the craziest issues that might stuck on your mind just because u worry too much about them..  you need to spent some of your time to check them on their homework, reading.. or other execise... .. u have to send them to other extra curriculum.. so they will not get bore just to study all the times.. u need to have a lot of money to send them to a good school ( i mean private school if u can afford) or to tuition class.. or music school.. ...and so on..but above it all.. u can enjoy yourself of being somebody's important.. you are so important in your kid's life.. and enjoy all the satisfaction when ur kid reach ur expectation.. heheheh 


Sunday, May 19, 2013

Belajar Membaca

Benjamin masuk sekolah masa dia umur 4 tahun... dan before dia masuk sekolah lagi sy dah simpan angan-angan supaya dia boleh membaca before dia umur 5 tahun!.. Yes angan-angan saya sungguh tinggi!!!

Sy fikir bila anak-anak boleh membaca.. sy boleh belikan dia buku.. and from there they can start explore the whole world by just reading a book.. so boleh bayangkan betapa besarnya nilai bila kita pandai membaca.. saya selalu bagi tahu Benjamin... "kalau Benjamin pandai baca buku.. nanti mummy beli banyak buku.. dan Benjamin boleh baca mcm2 benda... kalau benjamin nak tahu pasal dinasour.. benjamin boleh baca buku pasal dinasour"etc... bila saya cakap macam tu.. ia menimbulkan keinginan anak-anak untuk membaca.. sebab diaorang tahu there will be alot of things waiting to be explore by them once they know how to read....

Pada mulanya.. saya beli buku "bacalah anakku" yang versi bahasa Inggeris.. lepas tengok cd dia.. saya ajar Benjamin guna phonic punya bahasa..tetapi memandangkan sy pun x berapa pandai phonic ni.. sebab sy x diajar mcm itu... sy pun give up... masa tu Benjamin belum lagi 4 tahun...

Selepas itu.. saya masuk satu bengkel belajar membaca untuk anak-anak yang di jalankan oleh pihak Little Caliph iaitu tadika Benjamin.. dan dari situ sy belajar yang sy seharusnya menggunakan buku "bacalah anakku" bahasa melayu dahulu before buat bahasa inggeris.. kerana once diaorang dah master yang bahasa melayu.. buku bahasa inggeris x menjadi masalah...Lagi satu.. kita seharusnya menggunakan bahasa phonic bila mengajar anak.. dan jangan sekali mencampur adukkan.. sebab nanti budak-budak akan confuse...

Jadi berdasarkan bengkel tersebut sy pun mula balik untuk ajar Benjamin membaca.. dengan menggunakan buku "bacalah anakku" versi bahasa malayu dan buku yang little caliph sediakan sendiri

Pada mulanya memang susah.. sebab bila ajar Benjamin..dia selalu buat mcm muka macam boring.. dan bila disuruh untuk ulang balik apa yang diajar.. dia selalu lupa.. dan ia menimbulkan kemarahan saya... biasanya waktu membaca adalah waktu yang cukup tertekan buat saya dan Benjamin....

Jadi saya pun tanya pada cikgu Benjamin.. mcm mana caranya untuk ajar.. since Benjamin selalu x ingat... dan cikgu tu cakap.. if Benjamin x ingat saya kena keep bagi tahu dia.. dan lama2 dia ingat.. untuk belajar membaca.. budak2 harus menghafal untuk membaca suku katanya.. dan untuk menghafal mereka harus praktis banyak kali.. sekurang-kurangnya sekali sehari... dan itulah yang saya cuba buat!..

Tetapi memandangkan saya kadang-kadang sibuk.. dan kadang2 Benjamin mcm x ada mood nk belajar.. so praktis setiap hari tidak selalu dapat dijalankan..sekurangnya.. saya buat dalam 3 kali seminggulah untuk praktis membaca..

Hasilnya.. alhamdulillah.. sekarang Benjamin dah boleh membaca.. sekarang dia dah kenal semua suku kata.. dan dah boleh membaca buku walaupun masih kurang lancar lagi.. tapi inshaAllah thru practice.. dia boleh membaca dengan lancar...

Pada pandangan saya.. untuk mengajar anak-anak membaca.. memang memerlukan kesabarang yang sangat-sangat tinggi.. because there will be a time the kids just refused to learn.. and sometimes diaorang tunjuk muka yang sangat boring.. sehingga membuatkan kita pun rasa boring sangat2 untuk mengajar.. tapi as parents.. kita kena sentiasa cuba untuk make the process of learning become interesting... reward them if we can afford... ( i dont think if we reward the kids it can bring harm to them... i guess it depend on what kind of reward we offer)

Dan bila anak kita x ingat apa yang kita ajar.. dont give up.. just teruskan mengajar dia.. our job is to let them learn.. to educate them.. not to test their knowledge.. if they dont know.. then just tell them... it's ok! Diaorang x tahu bukan bermakna diaorang x pandai.... kadang2 diaorang confused.. macam Benjamin dia selalu confused antara "b" dan "d".. so bila dia confused.. sy just kept telling him...

Belajar membaca is a process that require a lot...lot of practice.. however it is our job as a parents to educate our kids..  so.. dont give up parents!

sekarang sy tengah dalam process untuk mengajar Aleesya pulak membaca.. ooohhh.. another journey!



Hantar anak ke sekolah muzik

Nak belajar music ni memang dah menjadi idaman saya sejak saya kecil lagi... sy selalu angan-angan untuk main piano atau violin masa kecil-kecil dulu.. tetapi memandangkan keluarga saya tak mampu nak hantar saya ke Sekolah Muzik.. jadi angan-angan saya hanya tinggal angan-angan aja...TAPI saya nekad.. suatu hari nanti.. bila saya dah ada duit sy nk masuk music school... ianya untuk self satisfaction sy!! hehehehe...

Okey.. hari ni bukan nk cerita pasal saya.. tapi pasal anak-anak sebenarnya....

Sejak Benjamin dalam perut lagi saya memang ingin dia belajar kelas muzik.. in fact masa dalam perut saya dah berikan anak-anak mendengar ayat-ayat quran dan muzik-muzik slow untuk merangsangkan minda diaorang masa dalam perut lagi... sy buat mcm tu dengan harapan supaya bila diaorang lahir.. bolehlah dia menjadi anak yang pandai... hahahahhha siapa yang tak nak anak yang pandai kan???

Tetapi lain yang sy harap.. lain pulak yang jadinya.. minggu lepas saya pergi sekolah Benjamin untuk ambil report kad.. dan saya diberitahu oleh cikgu yang Benjamin agak kebelakang sikit sebab dia selalu x pergi sekolah dan bila ke sekolah dia selalu mengantuk.. walaupun Benjamin dah boleh membaca walaupun  belum 5 tahun lagi... tetapi kalau nk compare dia dengan kawan-kawan dia.. memang dia bukan yang berada di hadapanlah.. dan itu menghancurkan hati saya.... sungguh hancur hati saya... sebab almost everyday .. x kira pukul berapa pun saya balik ke rumah sy akan make sure sy mengajar Benjamin buat maths.. or baca buku.. tapi kesemua itu tidak membuahkan hasil yang sy inginkan....

Sy rasa masalah Benjamin adalah dia kurang fokus bila dia belajar.... saya x salahkan dia.. maybe silap saya bila dia diberi kelonggaran untuk tengok banyak sangat TV!.. yes.. that was my biggest mistake!!!.. So sy pun google2 lah cara2 untuk buat anak2 mudah fokus... dan sy terjumpa article pasal muzik boleh membuatkan anak2 fokus.. di samping ada kajian yang mengatakan anak2 yang belajar muzik lagi pandai  atau lagi perform dalam kelas jika dibandingkan dengan anak-anak yang x belajar muzik... Jadi berdasarkan fakta tersebut.. sy pun pergi ke sekolah music dekat rumah saya.. dan terus bertanya pasal kelas music untuk Benjamin dan Aleesya...

Memandangkan saya selalu pergi Gym kat Wangsa Walk..so sy pilih kelas music Yamaha di Wangsa Walk..  dan ini struktur yuranya..

1) 3 tahun - 3 tahun setengah = Music Wonderland
Yuran (kena bayar 3 bulan sekali) = RM 354
Registration fees = RM50

2) 4tahun - 5 tahun = Junior Music Class (JMC)
Yuran (kena bayar 3 bulan sekali ) = RM 354
Registration fees = RM 50
Buku-buku dan CD = RM 129 ( kalau x silap)

Untuk Aleesya.. belum boleh masuk lagi memandangkan dia belum lagi 3 tahun.. so kena tunggu birthday dia baru boleh masuk... and untuk Benjamin.. dia masih menunggu untuk penuhkan qorum before start kelas... so sekarang sy kena tunggu untuk kelas JMC bukak.. before Benjamin boleh masuk.. tapi nama semua dah sy berikan kepada staf sana...

Sy harap.. impian saya untuk tengok anak2 blaja music tercapai.. ooh.. lambatnya orang Yamaha nk call saya untuk panggil Benjamin masuk kelas.....!! heheheh

Thursday, May 17, 2012

Singapore trip

InshaAllah 28 Mei ni.. Me,My husband and the Kids akan pergi ke Singapore.. It wasn't my plan pun untuk ke Singapore nih... and it wasn't on my wishlist pun nk pergi ke Singapore nih... tapi disebabkan my husband nk sangat2 pergi ke Singapore tue... and the kids nk pergi main ke USS tuh... so apa boleh buat.. minority mmg selalu kena follow majority kan???

Since it wasnt 28 Mei yet... so i just put here what we already plan here.....

1) since we bring the kids... so we choose the nearest hotel to the USS (Universal Studio).. Sbb nya sungguh leceh kalau nk travel dengan budak-budak nih..sy x boleh imagine nk bawak anak naik public transport kat Singapore tu.. Dulu pernah sy and my husband bawak anak2 pergi naik public transport.. and x boleh nk cakap betapa kelam kabutnya kami jadinya.. so since it is a vacation... i want to make it simple, relax.. x terlampau stress...

Hotel yang kami pilih Hotel Micheal.. kami beli pakej ni di http://www.rwsentosa.com/ .. pakejnya adalah
- Penginapan 2 malam di Hotel Micheal + Buffet
- 2 ticket USS + Express ticket
- 2 ticket MEMA

                                             Bila dah beli dia akan hantar email untuk booking kita

2) Date yang kami pilih tu.. during school holiday for Malaysia and Singapore.. so rasanya mmg ramailah akan ke USS tu nanti... jadi untuk memudahkan percutian ini...pakej kami tu ada express ticket.. cuma untuk Benjamin kena beli ticket di website resort world tu.. sekali dengan express ticket.

                                               Ticket USS

3) Untuk transport.. kami naik bus ajer since nk bawak kereta ke sana susah sikit.. Bus yang kami pilih Aeroliner.. My husband pilih bus tu sbb dia biasa naik bus tu ke Singapore.. so dia ckp mcm convenient lah...


Itu sahaja itu setakat ini.. nanti sy update bila kami sudah ke sana nanti..... hehehehhe


Sunday, October 16, 2011

Petua kepada isteri

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; 

"Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah"

Actually saya dapat tahu tentang hadis ni masa baca article di website iluvislam baru-baru ni.. so nak dijadikan cerita lepas baca article tu.. sy pun solat asar di UiTM.. then saya amalkan baca subhanallah,alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 X setiap satu.. then masuk maghrib pun sama.. after solat maghrib di UiTM.. saya pun balik rumah di Sentul.. sampai rumah kalau x silap dah nak dekat pukul 9.. ..

Usually bila sampai rumah malam2 sy mmg dah separuh mati dah.. yerlah sebab kelas pack dari pagi hingga malam ( kebetulan ada kelas ganti hari tu).. the drive balik KL lagi.. memang kebiasaanya sy mmg balik terus mandi dan tido.. Tapi kali ni.. bila saya balik.. saya kurang rasa penat.. masa tu rumah agak kelam kabut.. sbb dah 2 hari rumah x vakum... so sy terus ambik vakum.. vakum satu rumah.. basuh bilik air.. tolong pakaikan baju anak2.. ( my husband mandikan anak-anak).. makan nasi goreng yang my husband belikan.. bersih dapur.. bersih carpet dan meja yang kitaorang makan tadi basuh baju, angkat baju.. mandi.. solat lepas tu lipat baju sambil tengok tv.. tengok2 masa tu dah pukul 11 malam.. dan sy still bertenaga.. and masa tu sy wonder.. mcm mana saya boleh sekuat itu? sedangkan selama ni rumah hanya sy bersihkan hujung minggu saje.. itu pun ada orang datang bersih.. tapi skarang selepas penat balik kelas.. still mampu bersih rumah.. lepas tu sy baru teringat tentang hadis Rasulullah SAW kepada fatimah.. dan memang zikir itu adalah lebih baik dari seorang pembantu....

Di harap kepada para-para isteri marilah kita mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.. supaya rumah tangga kita berada di dalam keadaan yang teratur.. inshaAllah..

Tuesday, September 27, 2011

Ben10 cakes from Secret Recipe - will never be in my list

Ben10 punya design yang kitaorang supposely nk buat kat kek bday Benjamin..

Untuk Birthday Benjamin.. i plan nk beli cake Ben10 dari Secret Recipe.. since masa hari raya baru2 ni kitaorang gi makan secret recipe then Benjamin ternampaklah kek ben10 yang ada dia letak kat dalam menu punya buku.. So Benjamin request for that cake untuk birthday dia..

My MIL and SIL pun cadang nk hadiahkan kek tuelah kepada Benjamin untuk Birthday dia.. so diaorang pergi dekat SR di cawangan Taman Melati.. tapi SR kat situ x terima tempahan untuk Kek Ben 10... then diaorang pergi pulak ke SR cawangan Alpha Angel.. kat situ pulak.. bila my SIL pergi tanya.. dia ckp kene bawak gambar sendiri without mention that you have to print the picture according the size that you want on the cake.. dan bagi gambar tu kat diaorang... So my SIL in desingkan gambar Ben10 yang plan untuk letak dekat kek.. and save dlm thumbdrive.. me and my husband bawak pergi ke SR tu untuk tempah kek.. Bila i pergi tanya orang kerja SR tu.. dia ckp.. dia x nak file dlm Thumbdrive tapi dia nak gambar... dan dia suruh i pergi print dekat kedai gambar near kat situ..

I pergi kedai gambar, tapi punyalah susah nk print gambar.. masuk2 thumbdrive komputer kedai tue hang lah pulak... i pulak masa tu tengah rushing sbb me and my husband ada janji nk jumpa orang before 10PM ( i arrive Alpha Angel around 8.45pm)..so i cancel nk print gambar..

I pergi balik kat secret recipe and ckp kat dia i x boleh nk print.. and ckp2 dengan pekerja kat situ bagi tahu yang kek ni mustahak sangat.. last2 pekerja kat situ bagilah satu file gambar2 cartoon yang kita boleh pilih untuk print.. ( Laaaa... rupanya ada gambarnya..).. I pun pilihlah gambar yang i nk.. then bila bagi tahu kat pekerja dia.. dia ckp.. kek tu boleh siap dalam masa 5 hari.. which is hari sabtu petang baru boleh collect.. ( masa tu lah i nk buat birthday party).. Masa tu i pun mmg dah give up dengan secret recipe... Service yang diaorang bagi mcm HAMPEH!!!!.. dahlah bila i pergi tanya pasal kek dia buat muka mcm x nak layan... i the one yang beli something kat kedai dia.. and dia buat mcm x reti bahasa ajer!!!..

Yang paling i sakit hati..My SIL and MIL dah pergi ke SR tu minggu lepas.. and pekerja kat situ just simply REJECT my MIL dan SIL punya order sbb x ada gambar.. diaorang langsung x ada insiatif untuk tunjuk gambar dalam file yang diaorang ada tu.. padahal file gambar2 kartoon diaorang tu punyalah banyak... mcm2 jenis kartoon ada.. kenapa x boleh tunjuk pada customers???? The customers dah make some effort pergi ke kedai diaorang untuk beli kek.. and diaorang mmg x hargai langsung... LANGSUNG!!!!..


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 26, 2011

Tragedi belon ben10

Kelmarin 25 september.. sy bawaklah Benjamin dan Aleesya ke Jalan Tunku Abdul Rahman.. coz my husband nk carikan beberapa barang di situ..

So masa jalan2-jalan kat situ Benjamin ternampak orang jual belon yang ada macam-macam bentuk.. ada bentuk spongebob,ben10,kapal dan mcm2 lagi.. so apa lagi.. dia pun mintak belilah... sy pun belilah belon bentuk ben10.. buat happy hati anak2..Since ingat Benjamin sorang jer yang pandai main belon tu.. sy beli satu ajalah.. sbb ingatkan Aleesya x pandai main belon bertali-tali nih....

Bila dah beli.. kitaorang pun masuk semuahouse.. my husband suruh tunggu kat dalam semua house punya Hall tu.. sbb dia nk gi hantar barang2 masuk kereta kejap.. so sy ingat x ada masalah handle 2 orang budak.. sy pun OK jerlah..

Bila my husband pergi jer kat tempat letak kereta which is level atas.. Aleesya dan Benjamin mula buat perangai.. Aleesya nk main belon Benjamin.. Benjamin x bagi kos Aleesya duk pegang ke belon tu mcm nk pecah.. Benjamin suruh Aleesya pegang tali belon tu.. Aleesya tanak.. then Benjamin pun x bagilah belon tu.. Aleesya apa lagi.. sbb sakit hati Benjamin x bagi belon.. dia pun buat hal.. dia pergi nak main tanggalah.. pergi main barang-barang oranglah... pergi main eskelator lah.. sy yang penat duk kerjar2 Aleesya nih suruhlah Benjamin bagi belon kat Aleesya..

Benjamin bagilah kejap Aleesya sentuh belon tu.. then dia ambik balik.. and tolak Aleesya sbb x nak Aleesya main.. lepas tu apa lagi.. jadilah sesi rebut-merebut belon tu kat depan orang-orang yang lalu lalang kat situ.. malunnya saya masa tu x tahu nk letak muka kat mana.. dahlah diaorang punyalah gaduh bising satu kompleks tu kot dengar.. Last2 saya yang x tahan malu.. sy pun rampas belon tue daripada Benjamin dan ckp " dah..dah.. semua x leh main belon.. biar mummy jer main"..

Sy pun ambik belon tu.. dan pegang tali.. belon tu terapung-apung di udara sambil saya peganglah tali dia.. Benjamin pulak takut belon tu terbang sbb nampak belon tu terapung-apung.. suruh sy bawak turun belon tu.. sy pun bawak turun... Aleesya pulak.. bila dah nampak Belon tu dah turun dan duduk depan mata dia.. turun meluru ke arah saya dan cengkam belon tu.. Akhirnya belon tu pun pecah.,.. mmeng FRUST gilerlah Benjamin.. belon tu beli x sampai setengah jam.. dahlah RM5 sebiji.. akhirnya pecah... Benjamin pun apa lagi.. nangis semahu-mahunya kat depan orang.. Sy pulak duk gelak2 sbb x tahan tgk belon Benjamin yang makin lama makin kecut..

Tiba-tiba my husband datang.. so pujuklah Benjamin.. sy ckp kt Benjamin nk beli belon lain.. so kitaorang keluar dari semua house gi cari orang jual belon.. tapi malangnya orang jual belon dah x ada.. (maybe dah balik kot).. Benjamin pun buat muka monyoklah sbb x dapat belon ben10..

Memang benjamin geram giler kat adik dia masa tu.. dahlah pecahkan belon dia.. dan skrang nk beli baru pun dah x ada orang jual.. Benjamin pukul adik dia kat muka sbb geram sangat.. tapi nasib baik my husband bawak lari Aleesya cepat2...

Memang tradegi sungguh..betapa riuhnya suasana kat semua house tu dengan Benjamin dan Aleesya sampai orang2 kat situ.. semua duk menanya perihal diaorang yang duk gaduh2... Malu..malu...

So gambar kat atas tu adalah gambar Benjamin yang muka monyok.. masa on the way balik rumah dengan belon ben10 yang dah "kecut".. hasil airtangan Aleesya Reyhana.. dan sebelah belon tue adalah Wajah Aleesya yang selamba badak jer.. tanpa rasa bersalah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 24, 2011

Birthday Benjamin

Next Week 29 sept 2011.. Genaplah Benjamin Rayyan berumur 3 tahun..

Tapi disebabkan 29 sept tu jatuh pada hari khamis, maka majlis hari jadi dia tunda kepada hari sabtu 1 oct 2011

Im not sure whether dia aware atau x dengan his coming birthday, but one thing i can be sure of.. for this whole day and yesterday he keep telling that he want a BEN10 birthday cake.. i guess he know kot...

Being a mother or a parents you always want the best for your kids.. wanna make their childhood to become the best mommet they ever had in their lives.. so as mother.. i always try so hard to give the best for my kids..

The plan for his birthday is that we will have a birthday party for him..

Alhamdulillah.. Benjamin murah rezeki. banyak dapat sponsor dari kaum keluarga.. especially mak sedara dia yang akan sponsor kek.. Tok mi ( my husband's side) yang akan sponsor katering.. and InshaAllah akan ada sponsor lain jugak..

Hari ni.. me and my husband baru aja nk start tempah2 dewan,plan for guest list , plan untuk makanan.. dan macam2 lagi.. Harapan sy.. semoga majlis sambutan Benjamin Rayyan... berjalan dengan lancar...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

Institusi kekeluargaan Islam

Semester ni saya kena ambik kokurikulum.. selepas 3 semester sy asyik duk "drop" subjek tu..
Jadi subjek koko yang sy ambik sem ni adalah "institusi kekeluargaan Islam 1"
Hari Khamis baru ni sy pergilah kelas koko tu.. seperti yang di jangka mmg sy sorang ajalah yang berkahwin dalam kelas tu. Ustazah sy pun dah berkahwin beranak satu.. dia baru aja lepas pantang anak pertama dia.. dan saya pulak dah beranak 2.. ( lagi advance dari ustazah)..

Kebanyakkan yang ambik subjek dalam kelas tu semuanya dah berpunya ( dah bercouple).. cuma ada seorang aja yang sudah bertunang..
So masa dalam kelas.. ustazah bagi penerangan tentang apa yang kitaorang akan belajar dalam kelas ni. Pada mulanya kitaorang akan belajar tentang aqidah dan fardhu ain ..sbb kata ustazah sebelum kita melompat ke alam perkahwinan kita perlulah memantapkan diri kita sendiri dahulu dengan agama yang kukuh.. barulah apabila kita berkahwin nanti.. kita mampu menepis segala cabaran dan dugaan yang mendatang...

kalau di tengok pada zaman sekarang, mmg ramai sangat yang berkahwin beberapa tahun dan kemudian bercerai.. memang ramailah kenalan2 saya yang berkahwin sekitar tahun yang saya kahwin.. akhirnya bercerai pada hari ini.. di manakah silap kita?? adalah ianya silap suami yang tidak mampu memimpin ataupun silap isteri yang tidak pandai melayan?? Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakkan pasangan-pasangan suami isteri bercerai adalah kerana "kurang persefahaman"... Macam mana ini boleh berlaku??

Bak kata ustazah sy masa kelas koko tuh.. salah satu punca kenapa rumahtangga yang kita bina jadi rapuh dan hancur adalah kerana kekuatan dalam diri kita dan pasangan kita rapuh.. aqidah kita rapuh..ibadah kita x kukuh..maka robohlah rumahtangga kita..

Jadi yang sebenar-benarnya..kita sudah tertipu dengan kisah cinta dalam TV yang telah di tayangkan oleh orang barat...kita ingat bila "deeply in love" dengan pasangan kita..maka kebahagiaan adalah milik kita.. tapi bukan..bukan cinta sesama manusia yang kekal.. tapi cinta kepada yang Maha Mengasihi.. yang akan mengukuhkan perhubungan kita dengan pasangan kita.

Jadi kepada teman-teman yang membaca.. jika anda ingin berkahwin.. ataupun sudah berkahwin.. kunci kebahagiaan adalah apabila iman kita kukuh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 31, 2011

♦- I hope... - A letter from Mom and Dad }}



This is a beautiful video.. i cried every time i watched...
If you still have a parents.. please spent your time to take care of them..
Because they are the only precious you have in life.. ( you just have one mom and one dad)..
And because you were also their only precious in their life.. ( No matter how many siblings you have.. every one will be count)..

Tuesday, March 29, 2011

Bahan Terpenting di dalam Rumah

Ada 2 barang yang sungguh penting di dalam rumah saya.. di mana benda-benda nih, x akan habis stock... memang kena selalu ada..

1) Limau Nipis



- Limau nipis ni digunakan untuk kesihatan dan jugak untuk masakan. Contohnya kalau nak masak kerabu ke, or tom yam ke.. kalau letak limau nipis ni memang sangat best.
- Limau nipis juga digunakan untuk membasuh barang-barang mentah, seperti ayam, ikan, daging, sotong dan udang. Kalau kita basuh dengan limau nipis ni memang boleh hilang bau hanyir nyer.. especially pada ayam dan ikan. Kalau ikan tu di basuh dengan limau nipis, mesti akan hilan bau hanyir ikan, dan ikan tu boleh jadi mcm fresh.. kiranya kalau masak tuh.. memang rasa fresh jer ikan tu.. Kalau nk tahu rasa ikan fresh macam mana... isi ikan dia rasa manis-manis sedap.... samalah untuk ayam jugak...
- Limau nipis juga boleh digunakan untuk kesihatan, di mana limau nipis ni mengandungi Vitamin A dan Vitamin C, selain tu, asid sitrik dalam limau nipis ni boleh jugak digunakan untuk buang lemak.. Caranya minum jus limau nipis 2 - 3 biji sebelum tido.. esok memang akan membuang air besar dengan lawasnya... x caya cubalah..
- Jika anda diserang batuk-batuk, bolehlah guna limau nipis di campur dengan madu, sebagai ubatnya.

2) Madu



- Madu ni memang banyak khasiatnya.

Rasulullah SAW bersabda : "Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran" ( Ibnu Majah)

- Madu boleh mencerdaskan otas, boleh jugak buat awet muda, dan macam-macam.. madu jugak boleh digunakan sebagai pemanis masakan.

If i can raise my child over again

by Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I'd build self esteem first, and the house later.
I'd fingerpaint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.
I'd see the oak tree in the acorn more often.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd model less about the love of power,
And more about the power of love.

Thursday, March 24, 2011

Check this out!

My aboh Ki ( atuklah).. memang suka menulis or mengarang sejak dari dulu-dulu lagi....

Dulu dia memang suka menulis untuk surat-surat khabar.. memang banyak jugaklah artikel-artikel dia telah di "publish" dalam surat khabar..

So skrang bila zaman sudah berubah.. dengan wujudnya kewujudan blog ni.. so my aboh ki pun startlah menulis dekat dlm blog...

Objektifnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di dalam keluarga kami.. inshaAllah..

So cubalah kunjungi blog my aboh ki.. dan korang boleh lah tengok luahan hati seorang SUAMI,ABOH,ABOH KI ( Atuklah..) dan , NYANG ( MOYANG).....

CLICK HERE untuk ke Blog..

Sunday, March 20, 2011

Rasulullah( SAW) baring di atas riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

SOURCES DARI ARTIKEL ILUVISLAM.COM

Sunday, March 13, 2011

Benjamin Rayyan.. and..

I suka lagu One republic.. i suka music dia...and selama ni i x pernah kenal pun siapa kumpulan One republic tu.. sehinggalah pada malam ni.. i google pasal kumpulan ni.. and baru dapat tahu yang vocalist dia tu nama Ryan Benjamin Tedder...

and my son nama Benjamin Rayyan... and guess what? Benjamin loves Music




This Is Ryan Benjamin Tedder


This is Benjamin Rayyan

Weekend

Weekend.. what we were doing on weekend...( pictures will explain everything this time)



Benjamin main toys "wood train" from IKEA


Benjamin Main train dekat Sunway Pyramid


Me, Aleesya and Abang waiting for Benjamin main Train

Benjamin inside wheel ferris at Sunway Pyramid

Saturday, February 26, 2011

Mengajar...

Rasanya dah lama x update blog ni.. selalu x ada masa untuk menulis,dan skrang tengah2 malam buta ni.. sedang semua orang tido.. barulah sy ada masa untuk menulis.. di samping lepas ni nk kene study LAND LAW II .. coz selasa ni ada test..

Ok.. sejak seminggu ni.. sy dah start mengajar Benjamin dan Aleesya untuk belajar dan membaca.. Alhamdulillah Benjamin punya belajar memang consistent.. which means almost everyday i will spent just a few minutes to teach him how to read ( using the "ReadEasy" kit), How to do maths ( i made my own cards, but i learned it from Glenn Doman books which i bought masa Benjamin belum lahir lagi).. and last sekali.. ajar Benjamin Al-Fatihah.. (Al-Fatihah i ajar cara untuk memorized aja.. i x mengajar iqra')..Dengan Aleesya pulak.. memang x leh nk consistent.. coz everytime i spent masa dengan Aleesya Benjamin akan buat perangai.. so sngat susah.. but then i still curik2 masa untuk ajar Aleesya how to do math ( using the same method as i did to Benjamin)..

The reason why i did all of this because i rasa anak2 zaman skrang semuanya pandai.. if Benjamin and Aleesya x catch up.. im afraid they will be left behind.. and i am more afraid when all those things will bring them down in the future.. ( yes.. i mmg selalu pikir jauh)...

So far.. i nampak perkembanganya pada Benjamin.. bila i bukak buku "ReadEasy".. ( first book).. benjamin dah boleh kenal huruf2 dan sebutanya.. untuk maths pulak.. Benjamin dah kenal.. berapa banyak jumlah nombor tue.. sbg contoh.. Petang tadi Benjamin tulis kat atas kertas "I I " dan ckp "two" and bila i cakap " Five mcm mana??" dia pun tulis " I I I I I".. so dia tahu berapa jumlahnya five.. i rasa tu adalah improvement yang sungguh membanggakan.. oh well he's just 2 and 1/2 years.. i pun x boleh buat benda mcm tue masa i at his age..

Oh well... i guess cukuplah dulu.. nk kene study pulak nih

Wednesday, February 9, 2011

kids

I dont how others manage to handle 4- 10 kids.. but in my case two is more than enough..

Maybe i am not kind of person who is patient enough with the kids.. or maybe im just too busy concentrate to my life and i have no times for my babies.. but for whatever reason is.. two is more than enough.. for now..

Oh yes i do have plan to have another kids.. but not now.. not until i graduate.. or at least until i have good pay.. so i can hire a maid..