Thursday, November 12, 2009

Polygamy


Sejak beberapa hari nie.. sy asyik bermimpi yang my hubby berkahwin lain.. kerana suruhan keluarga dia.. i dont know how i got the idea of that.. tapi tuelah saya mimpi sejak beberapa hari.. mimpi yang sama!!.. somehow mimpi nie sangat mengusik hati sy.. so sy bagi tahu Mazran about the mimpi..

And mazran just jawab..." x payah percayalah mimpi tue.. x betul semua tue"... tapi entah kenapa.. sy takut.. saya takut kalau benda tue betul2 terjadi kepada saya..

Sy x mampu berkongsi Mazran... sy x sanggup hidup tengok ada perempuan lain di hati suami saya... sy x sanggup menerima kenyataan bahawa sy bukan the only isteri dalam hidup Mazran... ia sangat melukakan hati sy...sy sayangkan Mazran

Sy pernah tengok ada perempuan lain yang dapat menerima suami berkahwin lain.. ada yang sanggup pergi meminang isteri untuk suaminya.. sy x tahu mcm mana perasaan perempuan itu... sy x tahu mcm mana dia menghadapinya.. tapi bagi saya.. saya x mampu... saya x mampu hidup seperti itu....

Ya Allah.. kau jauhkanlah semua bala itu daripada ku.. kau bahagiakanlah hubungan aku dan suamiku.. jadilah dia(suamiku) sentiasa dihatiku.. and aku dihatinya...suburkanlah perasaan cinta dan kasih sayang dalam hati kami. dan kekalkanlah perasaan itu di dalam hidup kami.. hanya kepada engkau kami merayu dan mengadu..amin..

Party

Hari selasa.. one of my classmate buat party sempena nak menyambut habis exam.. and class partylah... me and Benjamin Rayyan turut serta dalam party tue..

Party tue diadakan di rumah kawan sy di Bukit Tunku..

Party start somewhere around 8.30 and ended around 11.30.. ada banyak makanan.. ada BBQ.. ada games... and ada jugak games orang kene tolak dalam kolam..

Me and Benjamin both pakai baju warna merah.. and Benjamin mcm biasalah susah nak berenggang dengan sy sbb terlampau takutkan strangers ( nielah satu akibat kalau asyik duk kurung anak dalam rumah).. sampai susah nak makan.. coz Benjamin asyik nak berkepit...

My classmate ain aissa ada sorang adik sebaya Benjamin jugak.. nama dia eriza rasanya.. and budak tue mcm nak berkawan dengan Benjamin.. tapi Benjamin just buat dhek.. coz Benjamin tertarik dengan kakak si eriza yang dah besar.. maybe umur 7 tahun kot.. first time Benjamin tengok kakak si eriza tue dia mcm terpegun.. sampai sy kene alihkan pandangan Benjamin... hahahah

Semasa party tue ramailah di antara my friends yang nak pegang and main dengan Benjamin.. tapi semuanya Benjamin tolak mentah2.. kononya x suka main dengan strangers.. tapi yang sangat pelik adalah.. bila sorang kawan sy yang agak hot(cantik).. pluss free hair.. and sexy datang nak pegang Benjamin.. dengan automatically Benjamin terus nak kat perempuan tue.. siap Benjamin nak naik duduk atas riba perempuan tue lagi.. and what worst was.. Benjamin and my hot friend tue siap main kiss2 lagi... sy masa tue agak terkejut.. coz Benjamin memang sebelum nie x suka kat strangers... tapi dengan perempuan cantik nak pulak dia..hahaha

And semua orang cakap Benjamin sangat handsome...huhuhu.. mcm anak mat salleh..heheheheh

oh yer.. benjamin ada beberapa nickname yang diberikan semasa Party itu

1) Brian = kononya gabungan Benjamin + Rayyan
2) Ben = singkatan untuk Benjamin
3) Benji = Singkatan untuk Benjamin jugak

overall party tue memang best..makanan best... games best.. and my friend's parents pun best... diaorang sangat baik.. and yang paling best parents dia sangat sporting.. dimana masa kitaorang main games... parents my friend pun turut main jugak...

hmmm hope next time ada lagi party mcm tue...

p/s : sorry x ambik pic kat party tue.. coz duk sibuk jaga Benjamin

Sunday, November 8, 2009

Attention



Bukannya nak membanggakan anak sendiri.. but this is actually happened to my family...

" Everytime kitaorang bawak Benjamin Rayyan keluar, pasti akan ada orang tegur"

Since kitaorang pindah 'sementara' ke Sentul, Me and Mazran selalulah keluar pergi jalan-jalan.. since boring sangat duduk kat umah nie.. and everytime kitaorang keluar.. pasti akan ada orang tegur Benjamin.. cubit sana sini... and kadang2 tengah kitaorang makan.. tiba2 waiter datang main dengan Benjamin.. tapi Benjamin nie dah lama sangat "terkurung" daripada dunia luar.. so dia x berapa biasa sangat dengan strangers...

Pernah jugak masa sy solat kt Surau kt The curve... and masa tu sy letak Benjamin kat tepi.. and ada beberapa orang budak2 perempuan.. datang and dukung Benjamin... Benjamin apa lagi.. nangislah sebab takut.. budak2 perempuan tue just geram tengok Benjamin..hahhahah

And masa kitaorang pergi makan kat Ravi Banana Leaf Restaurant( The best nasi daun pisang ever!!) empunya restaurang tue tegur Benjamin.. and lepas tue dia bagi makanan free kat Benjamin.. dia bagi lollipop.. mula2 Benjamin segan2 nak ambik.. tapi kemudiannya.. dia ambik jugak.. and makan lollipop tue sampai habis!

dan banyak lagilah kisah2 yang kitaorang alami.. bila Benjamin ada dengan kitaorang... kitaorang pun pelik.. Benjamin x ada buat apa2 pun untuk attract orang lain.. tapi ntahlah..

Maybe sbb Benjamin nie observant kot.. dia suka perhatikan orang ( ikut perangai sy.. tapi memang masa mengandung dia.. sy suka memerhati gelagat orang) so orang jadi tertarik tengok dia.. and lagi satu.. sbb dia nie suka isap jari...hehheheh

apa2 pun.. Benjamin is a wonderful boy ever!

Friday, November 6, 2009

Antara dua garisan

Semalam tengok cite Antara Garisah.. lakonan Sharifah Armani dan Norkhiriah..

Cite dia x adalah syok sangat.. tapi apa yang nak disampaikan oleh cerita tue yang saya tertarik hati..

Dia kisah tentang dua jenis manusia.. yang baik dan yang jahat... yang baik nie selalu memandang hina pada yang buruk.. kononya dia merasakan diri dia adalah yang terbaik di muka bumi Allah SWT nie.. dan menanggap yang jahat nie adalah pemusnah bumi Allah SWT ini... jadi yang baik ni.. cubalah nak menghapuskan yang jahat tue dengan kononya nak buat jihadlah.. " amar makruf nahi mungkar"... yang baik cuba bertindak mengadili yang buruk.. sedang kuasa untuk mengadili manusia yang lain terletak di tangan Allah SWT sahaja... and at the end of the story.. berlaku tragedi.. di mana yang baik tue bertukar menjadi jahat.. and yang jahat bertukar menjadi baik....

Moralnya...

1) Walaupun kita nie menuntut ilmu sampai kemana-mana pun.. atau kerana kita rasa diri kita nie beriman pun.. x perlulah kita nak bangga pada diri kita kononya kita sahajalah yang terbaik di muka bumi Allah SWT ini.. sebab kita kene ingat.. kita ini hanyalah manusia yang lemah yang akan melakukan kesilapan.. dan Allah menurunkan ujian pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA...

2) kita x boleh nak menghakimi orang lain.. siapa kita untuk mengatakan orang itu salah??? Tugas kita hanya menasihatkan sesama manusia supaya berubah.. dan cuba untuk mengubah diri kita sendiri.. bukan dengan mengatakan apa yang orang lain buat itu salah... akan masuk neraka... orang jahiliyah.. dan bla..bla.. sebab hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui.. mungkin pada kita, kita nampak apa yang seseorang buat itu salah.. tapi kita x tahu mengapa mereka melakukannya.. Kita bukan seperti Rasulullah yang terpelihara sifatnya... kita manusia yang lemah.. hari ini kita menghakimi orang.. esok lusa.. x tahu pulak.. kita yang buat dosa.... jadi x perlulah kita nak jugde orang tue mcm mana....tue urusan Allah...

Sy tertarik nak cerita kat sini kisah adik sy.. Hari tue masa balik Terengganu.. adik sy di tegur oleh nenek dan uncle sy.. kerana dia x pakai tudung.. nenek and uncle sy kata..kalau x pakai tudung nie.. pahala solat dan berpuasa x akan di hitung.. kononya buat rugi ajelah adik sy nie solat dan puasa kalau x pakai tudung..
=> saya tahu memang dosa besar kalau x pakai tudung.. dosanya bukan sahaja pada orang x pakai.. tapi pada orang yang melihat aurat orang tue.. tapi siapa kita untuk mengatakan bahawa pahala orang itu x akan dihitung? kita nampak ke pahala dia dihitung atau tidak?? Pahala dan dosa.. milik Allah SWT bukan milik kita..

3) Allah maha pengampun.. Allah SWT mencintai hambanya yang bertaubat.. jadi pada yang melakukan kesalahan.. jika mereka bertaubat.. Allah akan ampunkan.. tapi pada mereka yang kononya merasakan diri mereka itu baik... dan Allah SWT menutupkan pandangan mereka pada kesilapan mereka... mereka adalah orang yang rugi...

Nasihat ini saya tujukan jugak pada diri saya... sy bukan manusia yang sempurna.. memang sy banyak mengadili orang lain.. memang banyak saya buat salah sesama manusia.. maafkan saya kepada sesiapa yang pernah saya sakitkan hatinya..

Thursday, November 5, 2009

Perfume


Sy suka sangat perfume.. sy x tahulah sejak bila sy suka perfume nie.. tapi bila bau wangi.. saya rasa fikiran sy akan jadi tenang...

Perfume yang pernah sy pakai
1) Emprio Armani ( blueberry)
2) Emprio Armani ( x ingat yang mana satu)
3) Burberry ( x ingat yang mana satu )
4) Dan beberapa lagi nama perfume yang pelik2 yg sy pakai... sorry sy x ingat nama tapi sy ingat bau...hehehehhe

Pernah sekali tue sy keluar dengan kawan pergi KLCC.. and tengah jalan2.. ada sorang lelaki nie lalu kat tepi sy.. bau dia memang wangi sangat... sangat wangi.. sampai sedar sy tengah ikut lelaki tue daripada belakang.... ( macam taraf2 obseslah..)

perfume yang paling Estee Lauder ( kalau x silap namanya).. my mum pernah pakai perfume nie.. sy x pernah pakai.. coz my mum said bau dia x sesuai dengan sy.. the only perfume yang sesuai dengan sy adalah perfume Emprio Armani... ( that's what my mum said.. and my mum jugak obses dengan perfume nie)... untuk lelaki pun.. the best fragrance adalah dari chanel.. one of my friend pakai perfume nie.. and my lecturer pun ada yang pakai chanel... kedua best untuk lelaki adalah hugo boss.. my dad pernah pakai.. and i introduce to my hubby.. suruh dia pakai.. supaya bila i peluk dia.. boleh bau wangi..hehehhe.. but now both my dad and my hubby change to polo... even my brother love polo.. x tahu kenapa.. diaorang lagu suka polo kot...

Update

Memang dah menjadi kebiasaan budak Law (uitm) mempunyai blog... sy x tahu mcm mana.. tapi ia mcm trend.. medan bagi budak law untuk meluahkan apa yang terbuku di fikiran..dan di hati... termasuklah saya... sy jugak mempunyai blog... nie adalah blog yang keempat sy.. yang sebelum nie.. banyak yang di delete.. kerana ada beberapa pihak "terlampau" sensitif dengan tulisan saya.. jadi dari mendengar leteran orang.. lebih baik di tutup aje blog itu...

Baru2 ini.. sy keluar makan dengan kawan2.. lepas habis paper Malaysian Legal System.. kitaorang berborak.. dan ntah mcm mana isu blog nie timbul.. and one of my friend cakap " attilla you pun ada blog kan?" and sy ckp "yer".. and satu lagi kawan i
menyampuk " attilla memang ada blog, tapi 5 tahun sekali update"

Memang sy jarang nak update blog nie.. bukan mcm dulu2.. dulu ada banyak masa.. sekrang banyak masa dihabiskan dengan Benjamin Rayyan and Mazran.. and bila ada saki baki masa tue.. sy lagi suka tido.. sbb keletihan..

Tapi sy cubalah untuk updatekan blog nie dari semasa ke semasa.. and inshaAllah x akan sampailah tahap 5 tahun sekali baru update tue...hahahhahaha

Monday, November 2, 2009

dugaan

Setiap manusia akan di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan.. dan cara untuk menghadapinya adalah dengan sabar.. bukan dengan menyalahkan orang lain atau melarikan diri...

Selama hidup di atas dunia nie.. memang macam2 dugaan dan cabaran yang sy hadapi.. dan alhamdulillah kesemuanya sy hadapi dengan tenang dan sabar... tapi kali ini sy x tahu.. hati sy sudah tidak sabar lagi

1 tahun saya menghadapi cabaran ini dengan redha.. walaupun pelbagai tomahan dan kritikan yang saya terima.. sy pekakkan telinga dan bagi tahu diri saya.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. mungkin Allah SWT sedang berbicara dengan saya.. cuba bagi tahu saya suatu jalan untuk hidup yang lebih bahagia.. ataupun mungkin ini adalah satu ujian untuk menghapuskan dosa2 saya yang lampau.. kerana Allah SWT sayangkan sy.. sy bingung..

Pelbagai benda saya cuba buat untuk menghadapi masalah ini.. di saat orang memberi tomahan dan kritikan kepada saya.. hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bagaimana sy cuba untuk mengutip segala saki bagi semangat saya untuk tampil kuat.. dan berdiri teguh menghadapi segala cabaran yang melanda.. sy terima setiap apa yang orang buat di dalam hidup saya.. Ada masa sy tahu sy melatah.. tapi hanya ALLAH SWT yang tahu siapa diri saya...

Mungkin sy bukan isteri solehah.. sy bukan isteri yang sentiasa mengembirakan hati suami.. tapi sy cuba sedaya upaya saya untuk sentisa berada di sisi suami...walaupun mcm mana dirinya..sy masih di sini.. disisinya.. . Di saat dia memerlukan teman untuk berbicara.. sy dengan hati yang gembira menjadi pendengar yang setia.. di saat dia takut untuk menghadapi cabaran dan dugaan.. sy bagi kata2 semangat kepadanya.. saya bagi janji setia untuk bersama dia.. walau mcm mana teruk pun badai yang melanda..

Sy mungkin bukan perempuan yang paling cantik.. bukan juga perempuan yang paling baik.. tapi sy tidak jahat.. mungkin orang masih tidak nampak.. sy tidak kisah.. saya masih sabar.. sy tahu.. orang yang sabar tinggi ganjaranya..

Untuk abang,

maafkan ayang kalau ada ayang buat silap.. ayang sayangkan abang mcm mana ayang sayang abang dulu.. x kisahlah mcm mana pun diri abang.. yes ayang banyak berleter( semua perempuan mcm tue).. maafkan ayang kerana ayang hanya ingin tengok hidup abang lebih gembira..

Ayang x inginkan kekayaan yang melimpah ruah.. cukuplah sekadar bila ayang tengok abang jadi orang yang gembira.. .. ayang tahu deep inside abang.. abang ada hasrat untuk menjadi orang yang hebat.. tapi abang takut... abang jangan takut.. ayang ada dengan abang.. Benjamin ada dengan abang...kita akan sentiasa menemani abang...

Ayang sayang abang.. setiap hari.. and please faham apa yang ayang cuba cakap.. jangan serabutkan masalah abang dengan kata2 orang yang hanya melemahkan abang.. abang orang yang kuat.. ayang tahu abang kuat.. abang banyak kelebihan.. cuma abang x nampak.. sbb abang selalu dikaburi dengan ejekan tentang kelemahan abang...

ayang doakan.. abang akan mencapai impian abang... ayang nak tengok abang jadi orang yang paling gembira dalam hidup abang...now i am one step closer